110) KEKURANGAN BEKALAN AIR DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah 'reservoir' di dalam negeri dan kapasiti untuk setiap resevoir
-
Sila nyatakan jumlah air yang dibekalkan setiap bulan lima tahun yang lalu dan bila dalam jangkamasa tersebut terdapat kekurangan bekalan air
-
Adalah dijangkakan bahawa kekurangan air akan berlaku kerana penggunaan air yang lebih tinggi dan kekurangan hujan (Kemarau) dalam suku ketiga tahun 2008: i. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil untuk meghadapi kekurangan ini? ii. Adalah langkah-Iangkah diambil untuk mengkaji sumber bekalan air alternatif untuk Negeri Selangor? iii. Adalah difahamkan bahawa satu punca altenatif untuk pembekalan air akan dibekalkan dari Negeri Pahang. Disebaliknya, adalah difahamkan bahawa bekalan air dari Negeri Perak adalah lebih murah, bahkan sempadan Negeri Perak adalah lebih dekat. Oleh demikian pembekalan air melalui paip adalah lebih murah dan efisyen. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil untuk mermberi timbangan mengenai punca alternatif dari Negeri Perak?
110) PEMASANGAN KAWALAN LITAR TERTUTUP (CCTV)
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk memasang CCTV di kawasan tumpuan dan kawasan tertentu bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini di Puncak Alam?
110) PENYELENGGARAAN LAMPU JALAN DALAM MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah bil elektrik lampu-lampu jalan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk tempuh sebulan/setahun?
-
Berapakah jumlah lampu-lampu jalan yang terdapat di dalam seliaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengikut pecahan Dewan Negeri Selangor (DUN)?
110) RANCANGAN GALAKAN KEPADA ANAK MUDA MENGGANTIKAN PEKERJA ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan bagi menarik anak-anak muda tempatan yang menganggur menggantikan pekerja-pekerja asing yang terlampau ramai?
-
Adakah kerajaan bercadang dan boleh mengenakan peraturan tertentu kepada majikan di negeri Selangor supaya mengambil pekerja tempatan dari pekerja asing?
110) PENAMBAHAN SEKOLAH DI KAWASAN DENGKIL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Keperluan sekolah menengah di Dengkil adalah mendesak, khususnya di kawasan berkepadatan tinggi contohnya di Putra Perdana, Pekan Dengkil, dan Kota Warisan. Apakah penyelesaian proaktif Kerajaan Negeri bagi mengatasi kekurangan sekolah ini agar tidak meleret menjadi satu krisis?
110) PEMILIKAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Syarat-syarat yang ketat untuk pemilikan tanah kediaman oleh Kerajaan Negeri menyebabkan permohonan ditolak. Adakah Kerajaan bercadang untuk membantu mereka yang berkelayakan (miskin) untuk memiliki tanah?
-
Adakah Kerajaan bercadang membantu golongan ini dengan bantuan Ketua Kampung bagi mempastikan kesahihan bahawa mereka itu layak?
-
Jika tidak bersetuju bagaimana pihak Kerajaan dapat membantu golongan yang benar-benar memerlukan sedangkan tanah yang dikhaskan untuk lot kediaman masih ada khususnya di DUN Lembah Jaya?
110) BANJIR KILAT DI KAWASAN DUN KINRARA PUCHONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan negeri dalam menaiktarafkan sistem perparitan di sekitar Kampung Kuala Sungai Baru, Kampung Tengah dan Kampung Kenangan bagi mengelakkan berlakunya banjir kilat ?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri menerusi PBT dalam mencegah banjir kilat di kawasan sekitar IOI Mall?
-
Apakah punca utama banjir di Taman Bukit Kuchai, Taman Kinrara Seksyen 2 dan Taman Pak Siong yang telah berlarutan selama 20 tahun serta tindakan kerajaan negeri dalam menangani masalah tersebut?
110) PROJEK MENAIKTARAF STADIUM MINI SABAK MENJADI KOMPLEKS SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Bila projek ini akan dimulakan dan bila akan disiapkan?
-
Apakah komponen penting yang terkandung dalam projek pembangunan ini?
110) PRESTASI ANAK SYARIKAT / GLC SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi keuntungan sebelum dan selepas cukai bagi setiap anak syarikat / GLC dari 2008 Ð 2013?
-
Berapakah nilai sumbangan anak-anak syarikat kepada kewangan negeri dari 2008 - 2013?
-
Apakah strategi untuk memastikan setiap anak syarikat mencapai objektif penubuhan dan meraih keuntungan?
110) BANTUAN KEPADA GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan tindakan kerajaan negeri bagi mengatasi kemiskinan desa dan kemiskinan Bandar yang semakin meningkat, seterusnya menimbulkan banyak masalah-masalah sosial lain?
-
Bagaimana dapat dilaksanakan Sistem Pemberian Kupon Barangan Asas bagi meringankan bebanan golongan miskin tersebut?
