110) PARAS GARIS KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Selangor pernah menetapkan gaji minimum RM1,500 seisi keluarga sebulan. Ini menjadikan 30% rakyat Selangor di bawah paras garis kemiskinan. Apakah angka ini masih menjadi ukuran yang digunakan? Jika tidak kenapa ukuran ini gagal?
110) PENGIKTIRAFAN SIJIL UEC
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perkembangan terkini pengiktirafan sijil UEC
-
Apakah persiapan yang telah dilakukan oleh pihak UNISEL dalam perkara ini
-
Adakah agensi kerajaan negeri akan mengambil graduan lepasan UEC setalah pengiktirafan mula dilaksanakan?
110) HASIL KERAJAAN NEGERI DARI ZOO NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri menerima bayaran hasil cukai tanah mengikut kadar pertanian. Setakat ini Kerajaan Negeri hanya menerima peruntukan bagi menaik taraf infrastruktur di kawasan luar Zoo Negara sahaja. Nyatakan berapakah kutipan bayaran cukai tanah yang dibayar oleh Malayan Zoological Society dan HSBC(M) Trustee Berhad menurut setiap Plot 1, 2, 3, 4 dan 5
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri terhadap 16.9 ekar tanah yang diberi milik kepada Zoo Negara yang kini dipenuhi oleh setinggan dikenali sebagai Kg Kemensah?
-
Berapakah peruntukan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri bagi menaik taraf infrastruktur di kawasan luar Zoo Negara dari tahun 2004 hingga 2008
110) BELIA DAN SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peluang Ð peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan yang telah disediakan kepada belia Ð belia anak Selangor?
-
Berapakah jumlah belia Ð belia di Negeri Selangor yang telah mendapat pekerjaan?
110) SAMPAH SISA PLASTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Sub-soalan telah di tolak
-
Bagaimanakah sampah-sampah ini boleh sampai dalam negeri dan pihak manakah yang memberi kelulusan untuk mengimport?
-
Apakah kaedah yang dirancang untuk melupuskan plastik-plastik ini?
110) MENGGANTIKAN PENGHULU MUKIM PETALING 1
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Bilakah Pejabat Daerah Petaling akan menggantikan Penghulu Mukim Petaling 1 yang telah dipindahkan?
110) PENGAMBILAN PROFESOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah keseluruhan pensyarah di UNISEL?
-
Adakah terdapat profesor UNISEL yang ditamatkan kontrak atas sebab kekangan bajet?
-
Adakah kerajaan negeri merancang untuk mengambil profesor-profesor universiti awam yang telah ditamatkan kontrak atas sebab kekangan kewangan kerajaan pusat?
110) USAHAWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah bidang usahawan yang diutamakan oleh kerajaan untuk tujuan bantuan?
-
Berapakah bilangan usahawan yang telah dibantu dan berapakah nilai yang telah dibelanjakan sejak 2010 sehingga 2014?
-
Apakah kriteria utama usahawan ini layak mendapatkan bantuan kerajaan?
110) KEKURANGAN BEKALAN AIR DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah 'reservoir' di dalam negeri dan kapasiti untuk setiap resevoir
-
Sila nyatakan jumlah air yang dibekalkan setiap bulan lima tahun yang lalu dan bila dalam jangkamasa tersebut terdapat kekurangan bekalan air
-
Adalah dijangkakan bahawa kekurangan air akan berlaku kerana penggunaan air yang lebih tinggi dan kekurangan hujan (Kemarau) dalam suku ketiga tahun 2008: i. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil untuk meghadapi kekurangan ini? ii. Adalah langkah-Iangkah diambil untuk mengkaji sumber bekalan air alternatif untuk Negeri Selangor? iii. Adalah difahamkan bahawa satu punca altenatif untuk pembekalan air akan dibekalkan dari Negeri Pahang. Disebaliknya, adalah difahamkan bahawa bekalan air dari Negeri Perak adalah lebih murah, bahkan sempadan Negeri Perak adalah lebih dekat. Oleh demikian pembekalan air melalui paip adalah lebih murah dan efisyen. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil untuk mermberi timbangan mengenai punca alternatif dari Negeri Perak?
110) NEGERI BERKEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
ÒNegeri BerkebajikanÓ adalah konsep penting dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Adakah kerajaan negeri melalui kajian tentang tahap keberkesanan dan penerimaan rakyat terhadap konsep ini?
-
Apakah impak nyata dan manfaat yang dinikmati oleh rakyat hasil penerapan konsep ini?
-
Berapakah jumlah keseluruhan peruntukan negeri untuk menjayakan konsep dan program ÒNegeri BerkebajikanÓ ini bagi tahun 2009 dan 2010?
