112) PRESTASI KONTRAKTOR PEMBERSIHAN, SAMPAL PUKAL DAN KEBUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan kontraktor pembersihan, sampah pukal dan sampah kebun MBPJ yang berkhidmat lebih tiga tahun sejak 2010.
-
Adakah mereka diberi pertimbangan lebih memandangkan mereka ialah kontraktor yang benar-benar berfungsi?
-
Mengapakah PBT tidak menggabungkan ketiga-tiga tugas ini di bawah satu kontraktor?
112) Dasar Gated Dan Guarded
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Penggunaan kad akses (automatik) hanya boleh dibenarkan sekiranya penyertaan 100% penduduk atau difikirkan wajar mengikut kesesuaian PBT/PTD berkaitan bagi 'Guarded Community' untuk mengelakkan isu dan pemasalahan dikemudian hari. Adakah Kerajaan Negeri berniat untuk merendahkan syarat penyertaan dari 100% ke 80%?
112) KELUASAN TANAH UNTUK KAWASAN PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan tanah yang telah dibangunkan untuk pembangunan perumahan di Selangor?
-
Berapakah keluasan tanah yang telah dibangunkan oleh syarikat-syarikat pemaju seperti Eco World, SP Setia, PKNS dan lain-lain?
112) SISWAZAH MENGANGGUR DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Siswazah menganggur di seluruh Selangor sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana kebanyakan dari majikan hanya mengambil pekerja yang berpengalaman. Sejak 3 tahun kebelakangan ini, berapakah anggaran jumlah siswazah menganggur yang terdapat di seluruh Selangor?
-
Siswazah dari jurusan manakah yang paling ramai menganggur?
-
Apakah rancangan terbaru Kerajaan Negeri untuk membantu siswazah-siswazah ini?
112) WIFI UNTUK RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri menyediakan kemudahan WIFI percuma untuk rakyat?
-
Nyatakan lokasi dan kawasan liputan untuk kemudahan WIFI tersebut?
-
Berapakah kos untuk menyediakan kemudahan tersebut setahun?
112) PAPAN-PAPAN IKLAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Sudahkah Kerajaan Negeri / EXCO mencapai keputusan mengenai polisi / arahan / garis-garis panduan bagi industri papan iklan? Jika ya, sila beri butirbutir keputusan. Jika tidak, sila beri sebab-sebab mengapa keputusan belum dicapai.
-
Sila nyatakan semua caj-caj terkini yang dikenakan ke atas pengendalipengendali papan iklan untuk mendirikan sebuah papan iklan
-
Adakah PBT-PBT dibenarkan menyewa secara sub kawasan lapang atau tanah Kerajaan Negeri kepada pengendali-pengendali papan iklan bagi perniagaan mereka bawah Akta Kerajaan Tempatan dan Kanun Tanah (National Land Code)?
112) PENGUNAAN STADIUM MALAWATI SEBAGAI TEMPAT PERSIDANGAN / MUKTAMAR PAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Baru - baru ini Parti Pas telah mengadakan muktamarnya di Stadium Melawati Shah Alam, berapakah jumlah sewa yang dikenakan oleh pihak pengurusan stadium selama muktamar itu berlangsung
112) KEBAJIKAN M40 BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu golongan M40 yang turut tertekan dengan keadaan ekonomi sekarang ini?
112) KILANG DAN SISA BAHAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kilang yang mengeluarkan sisa berjadual yang berlesen di Selangor.
-
Senaraikan semua kilang yang tidak berlesen yang mengeluarkan sisa berjadual.
-
Senaraikan semua kilang yang mengeluarkan sisa radioaktif di Selangor
112) MAKLUMAT INFRASTRUKTUR DI KAWASAN DAMANSARA UTAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan inventori jalan, longkang dan lampu jalan di kawasan Damansara Utama dengan maklumat terperinci Ð usia infrastruktur dan bila kerja penyenggaraan dibuat (jika ada).
-
Senaraikan jalan yang berusia melebihi 15 tahun.
