112) PEMBANGUNAN WANITA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar perancangan pembangunan Wanita Selangor yang dilaksanakan selain PWB sepanjang 2014 & 2015?
-
Nyatakan mengikut setiap kategori dan pencapaian perlaksanaannya?
-
Berapakah kos yang yang telah dibelanjakan bagi setiap dasar atau pengkhususan ini?
112) JAMINAN KESELAMATAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Terdapat inisiatif untuk menambah CCTV dan pegawai penguat kuasa dalam manifesto PRU-13 Pakatan untuk keselamatan di kawasan majlis tempatan. Apakah status akhir pelaksanaan inisiatif ini?
-
Nyatakan syarikat kontraktor yang akan menguruskan projek CCTV ini dan rasional pemilihan mereka?
-
Nyatakan statistik keberkesanan inisiatif ini dalam menjamin keselamatan awam di kawasan PBT?
112) Dasar Gated Dan Guarded
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Penggunaan kad akses (automatik) hanya boleh dibenarkan sekiranya penyertaan 100% penduduk atau difikirkan wajar mengikut kesesuaian PBT/PTD berkaitan bagi 'Guarded Community' untuk mengelakkan isu dan pemasalahan dikemudian hari. Adakah Kerajaan Negeri berniat untuk merendahkan syarat penyertaan dari 100% ke 80%?
112) KELUASAN TANAH UNTUK KAWASAN PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan tanah yang telah dibangunkan untuk pembangunan perumahan di Selangor?
-
Berapakah keluasan tanah yang telah dibangunkan oleh syarikat-syarikat pemaju seperti Eco World, SP Setia, PKNS dan lain-lain?
112) TUNTUTAN AIR PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Pihak tertentu memperalatkan penduduk rumah pangsa menuntut kemudahan air percuma. Setakat ini, berapakah jumlah rumah pangsa yang masih belum menikmati 20m3 air percuma?
-
Apakah masalah yang menghalang mereka menerima air percuma?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah mereka?
112) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Meminta kerajaan memberi penerangan terkini terhadap pelbagai pakej rangsangan ekonomi kerajaan negeri Selangor
-
Apakah proses pelantikan syarikat-syarikat yang bertanggungjawab membersihkan Sungai Klang?
112) PRESTASI UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi enrolmen pelajar dan kewangan UNISEL tahun 2013 berbanding 2012 hingga 2008?
-
Nyatakan jumlah bidang dan peringkat pelajar yang menamatkan pengajian dari 2008 hingga 2013?
-
Apakah langkah-langkah jangka pendek dan panjang untuk meningkatkan prestasi UNISEL?
112) KEBAJIKAN M40 BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu golongan M40 yang turut tertekan dengan keadaan ekonomi sekarang ini?
112) NAIK TARAF BUKIT BROGA SEBAGAI TEMPAT PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf Bukit Broga sebagai sebuah tempat pelancongan di Selangor?
-
Apakah syarat-syarat untuk menaiktaraf sesebuah tempat tersebut sebagai tempat pelancongan di Selangor?
112) KILANG DAN SISA BAHAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kilang yang mengeluarkan sisa berjadual yang berlesen di Selangor.
-
Senaraikan semua kilang yang tidak berlesen yang mengeluarkan sisa berjadual.
-
Senaraikan semua kilang yang mengeluarkan sisa radioaktif di Selangor
