112) STATISTIK KOS PENYELENGGARAAN LIF FLAT KOS RENDAH DI MPAJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berikan statistik kos penyelenggaraan lif yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri di flat-flat kos rendah di dalam kawasan MPAJ.
112) KEMUSNAHAN PANTAI KELANANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Kemusnahan jalan-jalan sepanjang pantai Kelanang di sebabkan ombak dan hakisan berlaku dan terbiar begitu sahaja sekarang ini. Adakah usaha kerajaan untuk menambahbaikkan kawasan tersebut?
-
Pihak manakah yang bertanggungjawab dalam menjaga dan memastikan kawasan tersebut terus terpelihara ? PBT/JPS/JKR.
112) JALAN PERSEKUTUAN 5
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan perkembangan terkini kerja-kerja menaiktaraf jalan Persekutuan 5 yang merupakan sebahagian daripada jajaran Lebuhraya WCE
-
Sila nyatakan berapakah peruntukan yang disalurkan?
-
Sila kemukakan kontraktor yang dilantik dan tarikh dijangka siap.
112) TANAH PARKING LOT DI HATTA SQUARE PANDAN MEWAH, KAWASAN PANDAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Siapakah pemilik tanah tersebut.
-
Adakah lot tersebut sepatutnya diserah balik kepada kerajaan? Jika betul bilakah ia akan diserah balik kepada kerajaan
112) KEBAJIKAN WARGA TUA DAN USIA EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah bantuan untuk warga emas selain daripada SMUE?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu warga tua yang tiada tempat untuk bergantung hidup?
112) GOLONGAN MISKIN TEGAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak jumlah golongan tersebut di Negeri Selangor?
-
Di antaranya, berapa adalah ibu tunggal?
-
Apakah cara-cara jangka masa pendek dan masa panjang yang pernah diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk menolong mereka?
112) PROJEK PERUMAHAN BUKIT BOTAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Apakah rasional untuk mengenakan kadar harga rumah yang tinggi kepada pemilik sedangkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dikatakan mempunyai aset yang begitu besar turut mempunyai tanggungjawab sosial untuk membantu golongan miskin dan kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri?
-
Ingin tahu secara terperinci kos sebenar bagi membangunkan projek rumah ini berbanding harga rumah yang ditawarkan yang pastinya telah dibuat berdasarkan unjuran?
-
Apakah pihak Kerajaan Negeri Selangor akan membuat semakan semula bagi mengurangkan harga rumah kepada kadar mampu milik yang amat diharapkan oleh pemilik-pemilik tanah di Bukit Botak?
112) PENGANGGURAN DI KALANGAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kadar pengangguran belia di Selangor?
-
Apakah faktor-faktor turun naik peluang pekerjaan di Selangor ?
-
Apakah tindakan yang dibuat untuk mengurangkan kadar pengangguran?
112) PERUNTUKAN TURAP JALAN DI DAERAH KUALA LANGAT BAWAH JABATAN KERJA RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah wang dibelanjakan, nama dan lokasi jalan di bawah penyelenggaraan Jabatan Kerja Raya yang telah menerima peruntukkan untuk diturap dan dinaikkan taraf di DUN Telok Datok , Morib dan Sijangkang sejak Tahun 2015 sehingga terkini.
112) PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apa pelan kerajaan dalam memenuhi permintaan terhadap rumah mampu milik memandangkan bilangan yang sudah diluluskan tidak mencukupi?
-
Senaraikan Rumah Mampu Milik mengikut pemaju, tapak dibina, bilangan unit, kos seunit dan tempoh siap.
-
Apakah halangan untuk bina lebih banyak unit?
