112) SKIM SMART SEWA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status program Skim Smart Sewa Selangor dengan peruntukan sebanyak RM50 juta pada tahun ini?
112) AHLI MAJLIS PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Apakah caranya Ahli Majlis di PBT yang berkenaan dinilai prestasi kerja mereka?
-
Apakah tindakan disiplin yang diambil kepada mereka sepanjang perkhidmatan mereka di PBT tersebut jika mereka didapati bersalah?
112) KEJADIAN TANAH RUNTUH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Perumahan Kajang Baru, di Bukit Kajang bersempadan dengan bukit diparas secara tinggi menegak. Bila musim hujan selalu berlaku tanah runtuh yang membahayakan perumahan terdekat. Aduan sering dibuat kepada MPKj, mengapa tindakan tidak diambil?
-
Adakah cadangan untuk memaras bukit ini secara selamat?
-
Jika tidak, apakah cadangan MPKj untuk menjamin keselamatan penduduk?
112) PERMOHONAN MEMBINA KOLUMBARIUM DI PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Persatuan Perkuburan Cina Petaling Jaya telah mengemukakan permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling untuk membina kolumbarium di sebidang tanah berdekatan dengan tapak mereka untuk menyelesaikan masalah kekurangan tanah perkuburan di Petaling Jaya. Apakah perkembangan terkini memandangkan perkara ini telah dikemukakan oleh pemohon sejak lebih setahun yang lalu.
-
Persatuan juga telah menulis kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menjelaskan objektif permohonan mereka pada 27 September 2012. Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh MBPJ?
112) KAEDAH PEMBAYARAN SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah kaedah pembayaran Skim Mesra Usia Emas sama ada di teruskan seperti sebelum ini atau ada perubahan?
112) KEMPEN TANPA PLASTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Nyatakan tempoh pelaksanaan kempen tersebut.
-
Nyatakan jumlah keseluruhan kutipan 20sen sejak ia diperkenalkan.
-
Nyatakan kegunaan wang tersebut secara terperinci.
112) TANAMAN POKOK
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan kemerosotan kualiti udara di Selangor, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggesa PBT menanam lebih banyak pokok dan mengenakan syarat yang lebih ketat seperti meningkatkan penanaman pokok bagi setiap kebenaran merancang yang diberikan untuk pembangunan?
-
Berapakah jumlah pokok yang mesti ditanam oleh setiap PBT setiap tahun dan sudahkah mereka melaksanakannya? Sila berikan butir-butir
112) KEMUSNAHAN PANTAI KELANANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Kemusnahan jalan-jalan sepanjang pantai Kelanang di sebabkan ombak dan hakisan berlaku dan terbiar begitu sahaja sekarang ini. Adakah usaha kerajaan untuk menambahbaikkan kawasan tersebut?
-
Pihak manakah yang bertanggungjawab dalam menjaga dan memastikan kawasan tersebut terus terpelihara ? PBT/JPS/JKR.
112) KEMUDAHAN PANTAI MORIB
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Majlis Daerah Kuala Langat untuk meningkatkan kemudahan Pantai Morib?
112) TANAH PARKING LOT DI HATTA SQUARE PANDAN MEWAH, KAWASAN PANDAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Siapakah pemilik tanah tersebut.
-
Adakah lot tersebut sepatutnya diserah balik kepada kerajaan? Jika betul bilakah ia akan diserah balik kepada kerajaan
