113) PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN KAWASAN BUKIT BERUNTUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan yang ada pada masa kini untuk membangunkan dan memajukan Bukit Beruntung?
-
Apakah insentif yang diberikan kepada usahawan atau pemaju untuk bersama-sama memajukan kawasan tersebut?
113) ROMBAKAN EXCO
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Terdapat perubahan kepimpinan utama parti PAS Selangor selaku komponen dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Adakah kerajaan negeri bercadang merombak barisan EXCO berdasarkan perubahan tersebut?
-
Jika tiada perubahan, adakah kesannya terhadap pentadbiran negeri?
113) SUKAN SUKMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah persediaan kerajaan negeri untuk sukan SUKMA yang akan datang?
-
Apakah jenis sukan yang menjadi sasaran untuk dimenangi dalam SUKMA akan datang?
113) SUKAN DAN REKREASI BAGI ANAK-ANAK OKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai program untuk membangunkan kawasan sukan dan rekreasi bagi kanak-kanak OKU?
-
Senaraikan kemudahan-kemudahan ini jika ada?
-
Berapakah peruntukan oleh Kerajaan Negeri bagi membangunkan kemudahan ini bagi tahun 2016?
113) HUTANG TALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pengutipan hutang syarikat Talam oleh Kerajaan Negeri?
-
Berapakah jumlah hutang yang telah dikutip?
-
Sila berikan butir-butir perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk hutang Talam yang sudah dikutip.
113) TANAH RIZAB MELAYU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah tanah rizab Melayu di setiap daerah dan senaraikan pertambahan atau pengurangan tanah tersebut sepanjang lima tahun yang lepas
113) PEMIMPIN BERSIH DAN KERAJAAN TELUS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan semua pemimpin kerajaan bersih dari rasuah dan memastikan pentadbiran negeri benar-benar telus?
-
Apakah penyiasatan pentadbiran tanah dan sumber negeri telah dilakukan dan apakah hasilnya?
-
Apakah terdapat projek-projek membazir yang telah dijalankan oleh pentadbiran sebelum ini dan telah dihentikan oleh Kerajaan Negeri?
113) PEMERDAGANGAN MANUSIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini program anti pemerdagangan manusia di Selangor?
-
Apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai?
-
Apakah tiga masalah paling kritikal untuk mengekang aktiviti ini di Selangor?
113) Jalan Lebuhraya FT 54
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah2 segera yang akan di ambil untuk mengelakkan kemalangan di Jalan Lebuhraya FT 54 yang berpunca daripada ciri2 keselamatan yang lemah?
113) PENGURUS MASJID AS SYARIF
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Bilakah pengurus Masjid Meru akan dilantik bagi menggantikan nazir masjid As Syarif Meru?
