113) PASUKAN TASK FORCE TANAH NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pasukan tersebut dan senaraikan nama pegawai-pegawai yang terlibat?
-
Sila senaraikan isu-isu tanah kritikal yang telah berjaya diselesaikan oleh pasukan tersebut ?
-
Sila nyatakan apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkasakan peranan pasukan tersebut ?
113) BANGUNAN HIJAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi menggalakkan setiap pembangunan komersial menggunakan konsep bangunan hijau yang mesra alam?
-
Senaraikan kawasan industri yang dikategorikan sebagai zon industri hijau di negeri Selangor pada tahun 2006-2010.
113) TADIKA RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan tadika rakyat yang telah dibuka dan bakal dibuka di Selangor
-
Senaraikan semua kos pengendalian setiap satu tadika rakyat ini setiap bulan.
113) SUBSIDI PEMBELIAN SUSU FORMULA DAN LAMPIN BAYI KEPADA GOLONGAN B40 YANG SUSAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mewujudkan satu skim subsidi harga bagi keluarga B40 yang susah untuk membeli subsidi susu formula dan lampin bayi yang semakin mahal sekarang ini?
113) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun:
Kategori: Mulut
-
Berapa juta geran MARRIS yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri sejak tahun 2007 (mengikut tahun)?
-
Berapakah juta geran MARRIS yang disalurkan kepada PBT dan bagaimanakah baki geran tersebut digunakan oleh Kerajaan Negeri?
113) PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN KAWASAN BUKIT BERUNTUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan yang ada pada masa kini untuk membangunkan dan memajukan Bukit Beruntung?
-
Apakah insentif yang diberikan kepada usahawan atau pemaju untuk bersama-sama memajukan kawasan tersebut?
113) PERTANIAN MODEN DAN TRADISI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Apakah pecahan tanah pertanian selain kelapa sawit yang dibangunkan secara teknik moden dan tradisional? Sila beri jawapan dalam ekar dan pecahan mengikut daerah.
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk meningkatkan pertanian moden dan hasil pertanian?
113) ROMBAKAN EXCO
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Terdapat perubahan kepimpinan utama parti PAS Selangor selaku komponen dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Adakah kerajaan negeri bercadang merombak barisan EXCO berdasarkan perubahan tersebut?
-
Jika tiada perubahan, adakah kesannya terhadap pentadbiran negeri?
113) SUKAN SUKMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah persediaan kerajaan negeri untuk sukan SUKMA yang akan datang?
-
Apakah jenis sukan yang menjadi sasaran untuk dimenangi dalam SUKMA akan datang?
113) SUKAN DAN REKREASI BAGI ANAK-ANAK OKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai program untuk membangunkan kawasan sukan dan rekreasi bagi kanak-kanak OKU?
-
Senaraikan kemudahan-kemudahan ini jika ada?
-
Berapakah peruntukan oleh Kerajaan Negeri bagi membangunkan kemudahan ini bagi tahun 2016?
