113) GERAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri dalam Bajet 2012 mengumumkan Geran ÔSelangorku' dengan jumlah RM300 juta bagi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Bagaimanakah prestasi perolehan geran RM300 juta tersebut dan berapakah jumlah yang telah dikumpul?
-
Apakah sumber-sumber yang digunakan oleh anak syarikat negeri (GLC) untuk menjana pendapatan tersebut?
113) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor bagi tahun 2013 secara perbandingan dengan tahun 2012?
-
Sila nyatakan bagaimanakah prestasi dan kedudukan Negeri Selangor dalam memperoleh pelaburan bagi tahun 2013 secara perbandingan dengan negeri- negeri lain
-
Sila nyatakan apakah insentif dan pendekatan proaktif yang dilakukan bagi menarik minat lebih ramai pelabur asing?
113) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah Rumah Ibadat Bukan Islam yang didirikan selepas tahun 2008?
-
Berapakah jumlah laporan Rumah Ibadah Bukan Islam yang dilaporkan didirikan tanpa kebenaran?
-
Apakah prosedur perobohan Rumah Ibadah Bukan Islam yang didirikan tanpa kebenaran?
113) PERINDUSTRIAN PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah pelan induk dan strategi Kerajaan Negeri untuk menarik lebih ramai lagi pelancong tempatan dan pelancong asing melawat ke negeri Selangor?
-
Manakah kawasan pelancongan telah diiktiraf oleh Kerajaan Negeri sebagai destinasi pelancongan rasmi?
113) NAJIS DADAH YANG BERLELUASA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan statistik terkini jumlah penagih-penagih dadah di Negeri Selangor mengikut pecahan kaum dan daerah.
-
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai berapakah ramai pembekal-pembekal dadah yang ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah dari tahun 2008 hingga bulan Jun 2009.
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan para remaja begitu mudah terjebak dengan najis dadah.
113) PEMBUBARAN BADAN KEBAJIKAN ISTERI-ISTERI WAKIL RAKYAT SELANGOR (BALKIS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah peranan dan matlamat utama pertubuhan BALKIS dan sertakan senarai penuh seluruh ahli jawatankuasa pada tahun 2008 ?
-
Sila nyatakan bilakah BALKIS dibubarkan dan apakah motif sebenar pembubaran tersebut?
-
Sila huraikan dari manakah dana BALKIS diperolehi dan berapakah jumlah baki terkini sebelum ianya dibubarkan ?
113) PEMBEKALAN AIR NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan empangan, loji rawatan air (LRA) serta kawasan yang dirangkumi oleh setiap LRA untuk pembekalan air di negeri Selangor
-
Sila bekalkan peta terperinci untuk 9(a).
113) Jalan Lebuhraya FT 54
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah2 segera yang akan di ambil untuk mengelakkan kemalangan di Jalan Lebuhraya FT 54 yang berpunca daripada ciri2 keselamatan yang lemah?
113) PENGURUS MASJID AS SYARIF
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Bilakah pengurus Masjid Meru akan dilantik bagi menggantikan nazir masjid As Syarif Meru?
113) DANA INDUSTRI KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jenis dan jumlah dana industri kampung yang diluluskan mengikut pecahan daerah.
-
Apakah strategi dan sasaran untuk dana industri kampung?
