116) PENGAGIHAN WANG ZAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Sebahagian daripada pelajar-pelajar Selangor antaranya yang belajar di Mesir dan guru agama negeri mendapat bantuan zakat didapati tidak telus. Bagaimanakah pengagihan zakat diberi kepada pelajar Selangor di Mesir
-
Benarkah ada pelajar-pelajar dinafikan hak mereka mendapat bantuan zakat semata-mata kerana politik ?
-
Adakah kerajaan bercadang menaikkan gaji zakat guru-guru agama Selangor dari RM700/= kepada tidak kurang dari RM1,000/=sebulan?
116) KEJADIAN TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan pihak berkuasa terhadap binaan yang sudah dibina di kawasan berkecerunan tinggi terutama di kawasan Hulu Langat?
-
Bagaimana pihak berkuasa dapat memastikan tiada pembinaan yang tidak mengikut garis panduan dilakukan sebelum berlaku tanah runtuh?
116) PEMBANGUNAN KG KENANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan PKNS di atas tanah Kg Kenangan Jalan Dato Md Sidin, Klang? Nyatakan jenis pembangunan dan jangkaan ianya akan dimajukan.
-
Apakah cadangan baru dari pihak PKNS bagi menyelesaikan isu setinggan yang masih tertangguh memandangakan tawaran yang di buat oleh PKNS masih belum diterima sepenuhnya oleh pihak peneroka bandar ini?
116) KONSEP NEGERI BERKEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri memperkenalkan konsep ÒNegeri BerkebajikanÓ untuk memastikan rakyat mendapat manfaat dari hasil-hasil Negeri. Berapakah jumlah kewangan yang dibelanjakan setakat ini bagi maksud melaksanakan agenda ÒNegeri BerkebajikanÓ berbanding belanja untuk tujuan pembangunan?
-
Dari manakah sumber wang yang dibelanjakan untuk melaksanakan agenda ÒNegeri BerkebajikanÓ?
-
Berapakah bilangan dan apakah bentuk bantuan yang diberikan kepada golongan berikut mengikut daerah : 1) Ibu Tunggal 2) Orang Kurang Upaya 3) Orang Miskin 4) Orang Asli 5) Anak Yatim
116) PENGUMPULAN AIR HUJAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri merancang untuk menggalakkan orang ramai menjalankan program pengumpulan air hujan secara domestik?
-
Apakah langkah-langkah promosi dan insentif yang dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan orang ramai melaksanakan projek ini?
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mewujudkan Òpilot projectÓ pengumpulan air hujan secara domestik?
116) MENJANA PENDAPATAN RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri khususnya bagi menjana pendapatan tambahan rakyat, selepas beberapa program IPR ditarik balik?
-
Bagaimanakah program seperti PWB boleh dipanjangkan juga kepada kaum bapa/belia dalam meningkatkan ekonomi keluarga?
116) KAJIAN KEMISKINAN DI BANDAR DAN DESA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah dapatan dan rumusan daripada Kajian Kemiskinan di Bandar dan Desa yang telah dijalankan oleh Universiti Tunku Abdul Rahman dan UNISEL?
-
Apakah Pelan Tindakan Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor?
116) KEMPEN TERJAH DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran, pelan tindakan, kos yang terlibat serta kejayaan yang dicapai di bawah Kempen Terjah Denggi?
-
Apakah jenis hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang dikesan sebagai punca denggi dan senaraikan pihak yang didakwa di mahkamah kerana kes denggi
116) PEMBESARAN KUIL TANPA KEBENARAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Kenapa tiada tindakan terhadap pembesaran kuil-kuil terutama dalam kawasan perumahan yang mana ianya tiada berdaftar langsung walaupun laporan terhadapnya telah di hantar
116) LOJI RAWATAN AIR RASAU PHASE 1
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan status pembangunan Loji Rawatan Air Rasau Phase 1.
-
Adakah status kini mengikut jadual pembangunan yang dirancang?
-
Sila bekalkan Gantt Chart LRA Rasau Phase 1.
