116) BANTUAN SEKOLAH TAMIL, CINA, KAFA, AGAMA DAN LAIN-LAIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan mengikut setiap kategori nama sekolah (Sekolah Rendah Cina ; Sekolah Rendah Tamil ; Sekolah KAFA ; Sekolah Rendah Agama dan lain-lain) yang mendapat bantuan wang Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2016 dan tahun 2017.
-
Nyatakan jumlah wang kelulusan bagi Fasa 1 dan Fasa 2 bagi tahun 2016 dan Tahun 2017 mengikut susunan kawasan Dewan Undangan Negeri Telok Datok, Sijangkang, Morib dan Tanjong Sepat.
116) HAL EHWAL TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Sejak tahun 2013, berapakah keluasan pelupusan tanah telah dibuat di Pejabat Daerah Kuala Langat? Sila berikan maklumat terperinci
-
Sejak 2013, berapakah keluasan tanah telah diberikan untuk pemilikan sementara (TOL)? Sila berikan maklumat terperinci.
116) KEBAJIKAN PETANI DAN PEKEBUN SAWIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan ekonomi dan pendapatan kaum petani di Selangor dan Meru khasnya?
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membantu pekebun-pekebun sawit yang kini terjejas ekoran daripada harga sawit yang terlalu rendah?
116) TENAGA SUMBER MANUSIA KREATIF
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi Kerajaan dalam menyediakan tenaga sumber manusia yang kreatif bagi menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0?
116) PREMIUM TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan 10 pembayaran premium tanah terbesar di Negeri Selangor bagi Tahun 2014 dan 2015.
-
Apakah lokasi ciri-ciri pembangunan tanah tersebut?
116) PROGRAM & PROJEK DI BAWAH PLAN INDUK PERTANIAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah program dan projek-projek yang telah dikenal pasti di bawah pelan induk pembangunan pertanian untuk meningkatkan pendapatan petani dalam sektor pertanian di negeri Selangor dalam tahun 2016?
-
Sila nyatakan jumlah peruntukan yang telah disediakan dalam tahun 2016?
116) PENGAGIHAN WANG ZAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Sebahagian daripada pelajar-pelajar Selangor antaranya yang belajar di Mesir dan guru agama negeri mendapat bantuan zakat didapati tidak telus. Bagaimanakah pengagihan zakat diberi kepada pelajar Selangor di Mesir
-
Benarkah ada pelajar-pelajar dinafikan hak mereka mendapat bantuan zakat semata-mata kerana politik ?
-
Adakah kerajaan bercadang menaikkan gaji zakat guru-guru agama Selangor dari RM700/= kepada tidak kurang dari RM1,000/=sebulan?
116) PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar-dasar baharu PBT selepas PRU14?
-
Apakah perancangan 5 tahun Kerajaan Negeri untuk setiap PBT di Selangor?
116) PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI DI SELURUH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah kuantiti minyak masak terpakai yang dikumpulkan sepanjang 2013?
-
Berapa peratuskah daripada kuantiti tersebut diproses menjadi bio-diesel?
-
Apakah mekanisme yang menjamin minyak masak terpakai tidak dikitar semula bagi kegunaan memasak?
116) LEBUH RAYA PANTAI BARAT SEMENANJUNG (WCE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pembinaan lebuh raya tersebut?
-
Nyatakan jumlah aduan yang diterima dari pembinaan lebuh raya tersebut?
-
Apakah bidang kuasa Kerajaan Negeri dalam membina lebuh raya tersebut?
