117) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan satu bajet khas bagi membaik pulih kemudahan sukan di setiap daerah?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menubuhkan pusat latihan dan kemahiran (TVET) di setiap daerah bagi golongan belia yang tercicir di alam persekolahan?
117) BEKALAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Pihak Syabas mengumumkan bahawa paras simpanan air di semua empangan di Selangor menurun mendadak berikutan musim kemarau yang berlarutan panjang. Apakah kaedah dan strategi Kerajaan Selangor untuk mencegah keadaan tidak ada bekalan air sekiranya musim kemarau kelarutan lagi?
-
Adakah sumber air yang lain diperoleh untuk memenuhi permintaan air paip yang lebih setiap tahun?
117) SKIM PEDULI SIHAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Skim Peduli Sihat yang dirizabkan untuk manfaat para staf yang berkhidmat di Pusat Khidmat Masyarakat ADN Selangor, Ketua Kampung dan penyelia PWB akan diberikan kepada mereka untuk dinikmati?
117) SEKTOR PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Sila menyatakan jumlah pelancongan melawat Negeri Selangor pada tahun 2015 Dan anggaran dibelanjakan oleh mereka?
-
Berapa kos publisiti dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk mempromosikan destinasi pelancongan tempatan?
117) SEKTOR EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah jenis bantuan yang diberikan setakat ini kepada nelayan-nelayan seperti mana yang diperolehi jika penanam padi & petani dari segi premium tanah contohnya juga subsidi baja dan lain2, untuk nelayan pula bagaimana?
-
Berapa ramaikah nelayan-nelayan di 1. Pesisir Pantai dan 2. Laut Dalam yang aktif di Negeri Selangor
-
Berapa banyakkah ÒBagan NelayanÓ di Negeri Selangor dan jumlah penduduk di setiap Bagan tersebut?
117) RUMAH MAMPU MILIK (SEWA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Selain membina rumah mampu milik untuk tujuan jualan, bilakah Kerajaan Negeri mahu memulakan membina rumah yang serupa untuk tujuan sewaan sahaja?
-
Apakah strategi Kerajaan dalam menangani masalah-masalah pembeli hak milik strata yang tidak membayar 'fee' penyelenggaraan dan tidak mengambil inisiatif menukar milik kepada pemilikan individu?
117) TONG SAMPAH DI LUAR DAN DALAM KAWASAN SELIAAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor akan memperluaskan penyediaan Tong-tong sampah besi di kawasan-kawasan tertentu di luar kawasan seliaan Pihak Berkuasa Tempatan sebagaimana yang ada sekarang?
-
Berapa jumlah kos yang digunakan untuk tujuan tersebut mengikut setiap kerajaan tempatan yang ada di Selangor?
117) PELANCONGAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan usaha-usaha yang di lakukan untuk mempromosi destinasi pelancongan di dalam negeri.
-
Nyatakan statistik pelancong ke Selangor mengikut negara asal
117) MIDA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh MIDA Selangor mengikut PBT daripada tahun 2007-2009?
-
Apakah syarat-syarat bagi sesuatu kawasan industri untuk mendapatkan peruntukan daripada MIDA Selangor?
-
Apakah prosedur untuk mendapatkan peruntukan yang disalurkan oleh MIDA Selangor?
117) PENURAPAN JALAN-JALAN MBSA DI BAWAH PROJEK MARRIS 2014
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Saya difahamkan Kerajaan Negeri telah menurunkan pembayaran peruntukan MARRIS untuk membaiki jalan-jalan di kawasan MBSA. Senaraikan jalan-jalan yang akan diturap di kawasan MBSA di DUN Kota Anggerik bagi tahun 2014 dibawah peruntukan MARRIS.?
-
Berapakah kos untuk setiap jalan?
-
Berapakah kos keseluruhan.?
