117) PERUBAHAN STRUKTUR PENGURUSAN EMPANGAN KLANG GATE
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah perubahan struktur pengurusan Empangan Air Klang Gate setelah Air Selangor menjadi pemilik Puncak Niaga dan Syabas?
-
Senaraikan semua aset yang telah diserahkan kepada Air Selangor termasuk infrastruktur asas, bangunan, syer dan tanah.
117) TANAH YANG DIMILIKI OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI LAIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan lot-lot tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Perseketuan dan negeri-negeri lain di Negeri Selangor dengan butiran seperti lokasi, keluasan, anggaran nilai pasaran, catatan dan lain-lain.
117) PERTANIAN MODEN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pertanian moden di Selangor?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri pada tahun 2015 untuk pertanian moden?
117) ISU JAJARAN TNB OPTION D OLEH PENDUDUK TAMAN HARTAMAS DAN SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Pada 25 Februari 2012 yang lalu kerajaan negeri ( MTES) telah mengarahkan Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat dan Tenaga Nasional Berhad membuat pendengaran awam berhubung perkara di atas. Majoriti penduduk yang terlibat membantah jajaran TNB Option D. Apakah tindakan kerajaan negeri susulan bantahan tersebut?
-
Adakah kerajaan negeri akan mengekalkan jajaran sedia ada yang telah diluluskan?
117) PERMOHONAN PEMBINAAN SEKOLAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan negeri telah menerima maklum balas daripada YAB Menteri Pelajaran berhubung permohonan membina sekolah rendah dan sekolah menengah di Bukit Antarabangsa seperti yang terkandung dalam surat YAB Menteri Besar kepada YAB Menteri Pelajaran pada pertengahan tahun 2010.
117) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan satu bajet khas bagi membaik pulih kemudahan sukan di setiap daerah?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menubuhkan pusat latihan dan kemahiran (TVET) di setiap daerah bagi golongan belia yang tercicir di alam persekolahan?
117) SEKOLAH KAFA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah sekolah KAFA dan Sekolah Integrasi KAFA kerajaan dan swasta mengikut daerah sehingga Jun 2015.
-
Apakah status pelaksanaan kenaikan gaji guru KAFA sehingga RM 1,500?
-
Apakah usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan sekolah- sekolah KAFA tersebut?
117) SKIM PEDULI SIHAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Skim Peduli Sihat yang dirizabkan untuk manfaat para staf yang berkhidmat di Pusat Khidmat Masyarakat ADN Selangor, Ketua Kampung dan penyelia PWB akan diberikan kepada mereka untuk dinikmati?
117) TONG SAMPAH DI LUAR DAN DALAM KAWASAN SELIAAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor akan memperluaskan penyediaan Tong-tong sampah besi di kawasan-kawasan tertentu di luar kawasan seliaan Pihak Berkuasa Tempatan sebagaimana yang ada sekarang?
-
Berapa jumlah kos yang digunakan untuk tujuan tersebut mengikut setiap kerajaan tempatan yang ada di Selangor?
117) PELANCONGAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan usaha-usaha yang di lakukan untuk mempromosi destinasi pelancongan di dalam negeri.
-
Nyatakan statistik pelancong ke Selangor mengikut negara asal
