129) MERAKYATKAN INFORMASI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Apakah masalah utama yang dihadapi oleh kerajaan negeri dalam merakyatkan informasi?
-
Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi?
129) CARUMAN WANITA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan Caruman Wanita Selangor bagi mewujudkan jaringan keselamatan sosial khasnya untuk golongan suri rumahtangga?
-
Berapakah jumlah pekerja sektor tidak formal mengikut pecahan jantina, sektor, umur dan kaum dalam Negeri Selangor?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi menjaga golongan wanita yang bekerja dalam sektor tidak formal ini?
129) PENGUSAHAAN PERKEMBANGAN SCIENCE PARK DI KOTA DAMANSARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Sila jelaskan kedudukan Science Park dengan memberi angka statistik dari tahun 2000 hingga 2007, berapa pengusaha dan pelabur yang melabur membeli tanah di situ. Jumlah luas tamah yang dibeli, dijual dan berapa harganya? Nyatakan ciri-ciri pelabur yang telah melabu iaitu pelabur tempatan atau asing, jenis perindustrian dan jumlah kapital yang dilaburkan
-
Biasanya tunggu berapa lama sebelum permohonan ditimbangkan
-
Apakah langkah-Iangkah dan insentif yang telah digunakan untuk menarik pengusaha?Kenapa?
129) PEGAWAI KOMUNITI MASYARAKAT INDIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan peranan utama Pegawai komuniti Masyarakat India dan kriteria perlantikan yang dikenakan?
-
Sila senaraikan jumlah bilangan Pegawai tersebut mengikut pecahan daerah?
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan perkhidmatan Pegawai Komuniti India yang sudah tamat tempoh masih tidak dilantik?
129) DASAR KELUARGA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar keluarga Kerajaan Negeri Selangor?
-
Apakah mekanisme yang dirancang bagi menjayakan dasar tersebut?
129) PROGRAM BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan jumlah permohonan yang diterima sejak Tahun 2008 dalam Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin, yang termasuk jumlah kelulusan, jumlah tolak, sebab tolak mengikut susunan Daerah.
129) STATUS PENINGKATAN MPAJ DARI MAJLIS PERBANDARAN KEPADA BANDARAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu MPAJ mencapai status bandaraya?
-
Apakah manfaat akan diperolehi oleh penduduk, peniaga dan pengilang selepas MPAJ bertukar status kepada Bandaraya?
129) MENAIKTARAF KEMUDAHAN ASAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Sila menyatakan jumlah peruntukkan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf kemudahan-kemudahan di Masjid, termasuk menurap kawasan lapang di dalam Masjid mengikut susunan tahun 2008 sehingga bulan Mac, 2013 di kawasan DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib?
129) RM2.5 JUTA UNTUK KAJIAN DAN PENYELIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Perincikan peruntukan RM2.5 juta dalam Belanjawan 2014 untuk Kajian dan Penyelidikan
129) ISU KAJI STRUKTUR TANAH PANGSAPURI TAMAN TELUK GADONG INDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak JKR telah melantik konsultan bagi mengkaji struktur tanah akibat pergerakan tanah di pangsapuri tersebut?
-
Apakah hasil kajian tersebut?
-
Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap hasil kajian tersebut?
