129) KELULUSAN TOL
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Pihak manakah yang meluluskan TOL dan sila jelaskan kenapa ADN-ADN tidak terlibat dalam kelulusan ini.
-
Bagaimanakah kerajaan boleh memastikan mekanisme ini tidak akan disalahgunakan?
129) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peserta program MES di Selangor pada tahun 2013-2015 mengikut DUN.
-
Senaraikan semua program-program yang telah dilaksanakan
130) PENDIDIKAN PUNJABI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Pernahkah Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan untuk pembangunan dan perkembangan Bahasa Punjabi di Negeri Selangor sejak tahun 2008? Jika ya, nyatakan butir-butir
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia membantu Pusat-pusat Pendidikan Punjabi di Negeri Selangor yang dikendalikan oleh Punjabi Education Trust Selangor?
130) PAPAN IKLAN (BILLBOARD)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah sebenarnya polisi PBT seluruh Selangor apabila berkaitan pemasangan iklan oleh ADUN kawasan berupa mesej bukan politik?
-
Adakah terdapat kuota khusus untuk ADUN bagi memasang mesej mereka di papan iklan gergasi milik PBT?
130) PENYUSUAN CETUSAN (INDUCED LACTATION) UNTUK ANAK ANGKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan untuk menggalakkan dan menyokong penyusuan cetusan (induced lactation) untuk anak angkat demi menjaga kemaslahatan ibu dan bayi menikmati khasiat dan kebaikan daripada penyusuan susu ibu?
130) SEKOLAH-SEKOLAH BANTUAN MODAL DAN BANTUAN PENUH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah sekolah-sekolah Cina, Tamil dan Sekolah-sekolah Agama yang masih dikategorikan sebagai sekolah bantuan modal dan bantuan penuh pada masa kini?
-
Apakah sebab-sebab dan/atau alasan-alasan mengapakah masih terdapatnya sekolah-sekolah Cina dan Tamil yang belum menjadi sekolah-sekolah bantuan penuh?
-
Berapakah jumlah sekolah-sekolah Cina dan Tamil yang telah diberikan tanah dan/atau tanah tambahan seluas 10 ekar untuk sekolah-sekolah mereka?
130) KOTA KESENIAN DAN WARISAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan lokasi dan status terkini Kota Kesenian dan Warisan Negeri Selangor
-
Apakah program yang disediakan untuk mempromosikan tempat berkenaan?
130) JEJAK ILMUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah status program Jejak Ilmuah terkini dan siapakah tokoh-tokoh ilmuan Selangor yang telah dikenal pasti?
-
Apakah program atau kajian yang melibatkan dan boleh mendatang manfaat kepada rakyat Selangor?
130) MASALAH KEBANJIRAN WARGA ASING BEKERJA DI KILANG-KILANG DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah pekerja asing bekerja di kilang-kilang berdaftar di Negeri Selangor. Senaraikan bilangan mengikut negeri asal mereka.
-
Apakah langkah Kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing bekerja di kilang- kilang tersebut ?
-
Adakah Kerajaan bersedia untuk membina asrama khas untuk pekerja asing di Negeri Selangor?
130) PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Penghuraian Exco Perumahan mengenai jumlah rumah kos rendah dan mampu milik yang telah dibina di Selangor sejak 2008 dan terangkan langkah-langkah yang akan diambil untuk merealisasikan dasar perumahan mampu milik negeri.
-
Penghuraian Kerajaan Negeri tentang tindakan dan polisi penyelenggaraan rumah PPR yang kelihatan usang
-
Penghuraian Kerajaan Negeri mengenai tindakan dan polisi kemaskini pengurusan dan pentadbiran PPR yang kini kurang jelas terhadap penduduk dan agensi-agensi kerajaan
