135) MEWUJUDKAN SISTEM DINAR DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mengambil inisiatif melaksanakan sistem dinar emas di dalam urus niaga perdagangan dalam negeri Selangor supaya membantu peniaga-peniaga dan pelabur-pelabur dalam dan luar negeri mengelakkan risiko kerugian di dalam urus niaga mata wang Ringgit Malaysia?
135) MURID ASRAMA YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Yayasan Selangor telah menutup beberapa buah asrama menempatkan anak- anak Selangor luar bandar yang belajar di kawasan bandar. Berapa orangkah anak Selangor yang terbabit kerana penutupan tersebut?
-
Apakah perancangan Yayasan untuk memastikan anak Selangor luar bandar mendapat pendidikan di bandar pada masa hadapan?
135) RANCANGAN PENGURUSAN AIR MUSIM KEMARAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan kolam-kolam lombong yang digunakan sebagai sumber air mentah.
-
Nyatakan kapasiti kolam tersebut
-
Sila membekalkan laporan kualiti air untuk setiap kolam tersebut.
135) PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan pangsapuri kos rendah menghadapi masalah pengurusan di setiap PBT?
-
Adakah kerajaan negeri bersedia untuk menubuhkan sebuah badan/ syarikat untuk mengambil alih pengurusan pangsapuri kos rendah di seluruh Negeri Selangor?
135) RUMAH EXCO
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri tidak menggunakan rumah exco di Seksyen 7 sebagai kediaman exco. Apakah aktiviti yang digunakan ke atas rumah tersebut?
-
Berapakah pendapatan yang di perolehi daripada aktiviti tersebut?
-
Berapakah kos untuk menyelenggara bangunan dan kawasan perumahan tersebut?
135) ATLET SELANGOR BERJAYA DI SUKAN SEA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan atlet pemenang pingat Sukan Sea Kuala Lumpur yang telah dikenalpasti bakatnya oleh MSN Selangor dan adakah Kerajaan berhasrat mengembangkan model pembangunan atlet-atlet ini kepada sukan lain?
135) PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi menangani projek perumahan yang terbengkalai di kawasan DUN Taman Templer?
135) WABAK DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan secara terperinci dasar kerajaan untuk menghapuskan denggi di Negeri Selangor.
135) PENYELENGGARAAN SALIRAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Mulut
-
Berapakah kekerapan penyelenggaraan sungai, parit dan saliran dilakukan di DUN Meru?
-
Berapakah peruntukan bagi penyelenggaraan tersebut mengikut daerah dan berapakah perbelanjaan digunakan untuk kawasan DUN Meru?
-
Adakah perancangan untuk menambah kekerapan penyelenggaraan bagi mengatasi masalah banjir kilat di DUN Meru?
135) SOKONGAN ADUN PR Ð PROJEK PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Surat sokongan secara wajib oleh ADUN PR semasa permohonan projek PBT atau projek Kerajaan Negeri. Adakah keadaan birokrasi ini akan menyebabkan salah guna kuasa di kalangan ADUN PR?
-
Adakah sokongan oleh ADUN PR lebih penting daripada prestasi kontraktor tersebut?
