135) MURID ASRAMA YAYASAN SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Yayasan Selangor telah menutup beberapa buah asrama menempatkan anak- anak Selangor luar bandar yang belajar di kawasan bandar. Berapa orangkah anak Selangor yang terbabit kerana penutupan tersebut?

  2. Apakah perancangan Yayasan untuk memastikan anak Selangor luar bandar mendapat pendidikan di bandar pada masa hadapan?

135) PROJEK AMPANG WATER FRONT

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Kelulusan tanah yang dibangunkan di ampang iaitu projek Ampang Water Front adalah seluas lebih kurang 16 ekar. Soalannya, berapa luaskan tanah rezab sungai dan rizab jalan yang telah digunakan untuk projek tersebut?

  2. Bagaimanakah struktur bangunan kekal boleh didirikan di atas tanah rizab sungai seperti yang terjadi di Ampang Water Front? Siapa yang memberi kelulusan pembinaannya? Kos projek berkenaan ditanggung oleh siapa?

  3. Sepanjang pengetahuan saya CF tidak pernah dikeluarkan kerana tapak bangunan tersebut adalah rizab sungai. Jadi bagaimanakah ianya boleh diduduki? Siapakah yang memberi kebenaran mendudukinya? Bagaimana tindakan kerajaan dan apakah dasar kerajaan tentang pembinaan dan pembangunandi tepi sungai atau di cerun bukit?

135) HUTAN SIMPAN KEKAL KUALA LANGAT UTARA

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah status dan perkembangan terkini berkenaan dengan masa depan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara pada masa sekarang?

    Klik jawapan »

135) PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan pangsapuri kos rendah menghadapi masalah pengurusan di setiap PBT?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri bersedia untuk menubuhkan sebuah badan/ syarikat untuk mengambil alih pengurusan pangsapuri kos rendah di seluruh Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

135) ASET-ASET SELANGOR YANG BERADA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan aset-aset Kerajaan Selangor yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan status semasa aset tersebut.

    Klik jawapan »

135) PENTADBIRAN YANG EFISYEN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kayu ukur yang diletakkan oleh Kerajaan bagi menilai pentadbiran yang efisyen?

    Klik jawapan »

  2. Adakah aduan merupakan ukuran utama terhadap keberkesanan pentadbiran Kerajaan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran Kerajaan?

    Klik jawapan »

135) RUMAH EXCO

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri tidak menggunakan rumah exco di Seksyen 7 sebagai kediaman exco. Apakah aktiviti yang digunakan ke atas rumah tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah pendapatan yang di perolehi daripada aktiviti tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah kos untuk menyelenggara bangunan dan kawasan perumahan tersebut?

    Klik jawapan »

135) ISU PEMUTIHAN KILANG HARAM DI NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis


  1. Sila menyatakan jumlah permohonan Pemutihan Kilang Haram mengikut setiap daerah bagi tahun 2013, 2014, 2015 dan 2016.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah hasil kutipan penukaran premium yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri, berapakah permohonan yang gagal menjelaskan bayaran bagi tahun 2013, 2014, 2015 dan 2016? dan

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap pemilik kilang yang gagal menjelaskan bayaran premium?

    Klik jawapan »

135) ISU MEMORANDUM OF TRANSFER (MOT) PUTRA PERDANA

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Hampir 20 tahun isu MOT Putra Perdana tiada jalan penyelesaian. Apakah langkah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi membantu penduduk Putra Perdana supaya isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera?

    Klik jawapan »

135) SOKONGAN ADUN PR Ð PROJEK PBT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Surat sokongan secara wajib oleh ADUN PR semasa permohonan projek PBT atau projek Kerajaan Negeri. Adakah keadaan birokrasi ini akan menyebabkan salah guna kuasa di kalangan ADUN PR?

  2. Adakah sokongan oleh ADUN PR lebih penting daripada prestasi kontraktor tersebut?