135) ISU PEMUTIHAN KILANG HARAM DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan jumlah permohonan Pemutihan Kilang Haram mengikut setiap daerah bagi tahun 2013, 2014, 2015 dan 2016.
-
Berapakah hasil kutipan penukaran premium yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri, berapakah permohonan yang gagal menjelaskan bayaran bagi tahun 2013, 2014, 2015 dan 2016? dan
-
Apakah tindakan yang telah diambil terhadap pemilik kilang yang gagal menjelaskan bayaran premium?
135) PENUTUPAN MENARA TINJAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Pihak Majlis Perbandaran Kajang telah meletakkan pengadang (barricade) di jalan masuk ke Pusat Pelancongan Menara Tinjau kepada pengunjung. Mengapa tindakan memasang barricade bagi menghalang pengunjung datang dilakukan oleh pihak MPKJ?
-
Berapakah kerugian yang dialami oleh Pengusaha Pusat Pelancongan tersebut?
135) PENAMATAN ALAM FLORA SDN. BHD.
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani pekerja-pekerja Alam Flora Sdn. Bhd. Yang kehilangan pekerjaan?
-
kerja-kerja pembersihan awam di kawasan Majlis Daerah diambil sepenuhnya oleh Majlis Daerah masing-masing . Mohon nyatakan kriteria kontraktor-kontraktor yang telah dilantik dan bagaimanakah proses pelantikan dilaksanakan?
-
Mohon senaraikan kontraktor-kontraktor yang mendapat kontrak pembersihan dan nyatakan kawasan masing-masong di negeri Selangor?
135) ISU MEMORANDUM OF TRANSFER (MOT) PUTRA PERDANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Hampir 20 tahun isu MOT Putra Perdana tiada jalan penyelesaian. Apakah langkah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi membantu penduduk Putra Perdana supaya isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera?
135) PROGRAM-PROGRAM INSENTIF PEDULI RAKYAT (IPR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Status program IPR terkini dan kewangan yang telah dibelanjakan untuk tahun ini.
-
Status program IPR terkini dan kewangan yang telah dibelanjakan untuk tahun ini.
-
Apakah justifikasi pemberian air percuma akan dinikmati hanya kepada pendapatan isi rumah RM4000 ke bawah?
135) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah projek dan bilangan unit Rumah Selangorku yang telah siap dibina sehingga kini.
-
Nyatakan jumlah projek dan bilangan unit Rumah Selangorku yang telah diluluskan.
-
Nyatakan jumlah projek dan bilangan unit Rumah Selangorku yang telah dibatalkan.
135) PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Minta Kerajaan senaraikan projek perumahan yang terbengkalai, berapa unit yang terlibat serta kawasan projek yang terlibat, apakah langkah yang diambil dan yang telah diambil bagi mengatasi masalah tersebut?
135) KEMELUT STADIUM SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah punca kemelut di antara kerajaan dengan Persatuan Bolasepak Selangor terhadap penggunaan Stadium Shah Alam dan adakah tindakan yang diambil ini merugikan sukan bolasepak di Negeri ini?
135) PKFZ
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam PKFZ sekiranya projek ini diambil alih oleh kerajaan Selangor?
-
Memandangkan PKFZ terletak dalam negeri Selangor, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pelaburan asing atau tempatan di pelabuhan tersebut?
-
Siapakah pegawai yang akan dilantik sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor dalam Lembaga Pengarah PKFZ?
135) TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL SG. SEDU, KUALA LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Tapak pelupusan sisa pepejal Sungai Sedu, Kuala Langat hanya dapat menampung sampah sehingga akhir tahun ini sahaja. Sebelum ini, Hutan Simpanan Kuala Langat Selatan yang telah dicadangkan untuk dijadikan tapak pelupusan sisa pepejal telah pun menerima bantahan daripada pihak tertentu. Jika kerajaan negeri masih gagal mendapatkan tempat yang sesuai untuk menggantikan tapak tersebut, bagaimanakah kerajaan akan menguruskan hal ini?
-
Selain daripada menimbus sampah dengan tanah, adakah cara-cara lain yang moden untuk menguruskan sampah-sarap dengan berkesan tanpa pencemaran?
