138) BANK TANAH ANAK SYARIKAT NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan lokasi dan keluasan bank tanah yang dimiliki oleh anak-anak syarikat negeri yang belum diusahakan?
-
Apakah perancangan anak-anak syarikat negeri terhadap tanah-tanah tersebut?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengambil semula tanah-tanah yang gagal dibangunkan?
138) BAIK PULIH PANGSAPURI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Bertulis
-
Selain menunggu aduan, apakah langkah Kerajaan Negeri dalam mengenalpasti pangsapuri bermasalah dan uzur di Selangor?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah bumbung rosak di Pangsapuri Seri Sementa?
138) TANAH KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor (termaksud tanah yang dipajak).
-
Untuk setiap tapak tanah, nyatakan anggaran nilai dan kegunaannya sekarang atau rancangan masa depan kerajaan (jika ada).
138) LAPORAN LUBANG JALAN MELALUI WAZE
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Mohon dilaporkan status terkini kejayaan (kelemahan) sistem laporan jalan rosak melalui Aplikasi Waze.
-
Nyatakan jumlah aduan diterima, jumlah aduan selesai dan tempoh masa penyelesaian mengikut PBT.
138) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan lokasi, harga dan jumlah unit rumah mampu milik yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut pecahan PBT bagi tahun 2008-2013.
-
Senaraikan lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti untuk pembinaan rumah mampu milik bagi tahun 2013-2018 mengikut pecahan PBT dan apakah kriteria yang digunakan untuk menentukan sesuatu lokasi itu dipilih untuk pembinaan rumah mampu milik?
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan rumah mampu milik yang mencukupi dibenakan khasnya untuk golongan yang berpendapatan sederhana rendah (RM3,000-rm16,000) dapat membeli rumah yang selesa dengan harga yang berpatutan.
138) PROJEK NAIKTARAF PARIT JEPUN (PARIT GUNASAMA) DI KAMPUNG PAYA JARAS DALAM DAN PAYA JARAS HULU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri akan memulakan projek menaiktaraf parit jepun di Paya Jaras Dalam dan Paya Jaras Hulu?
-
Apakah Kerajaan bersedia menggunakan peruntukan perundangan Creation Right of Ways (CROW) bagi maksud membangunkan sistem saliran perparitan di atas tanah persendirian?
138) ISU PENGANGGURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan yang menyebabkan masalah penganguran?
-
Apakah pasaran kerja yang ada adalah sesuai dengan tawaran kursus pengajian yang terdapat di institusi pengajian tinggi sekarang?
-
Apakah langkah-langkah yang untuk mengatasi masalah tersebut?
138) SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci pecahan peruntukan program Smart Selangor?
-
Apakah perancangan jangka masa panjang Smart Selangor?
-
Nyatakan kesan langsung dan impak Smart Selangor?
138) SIMPANAN TUNAI SELANGOR MENINGKAT RM1.9 BILION
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah pecahan pendapatan kerajaan Negeri sehingga membolehkan meningkatnya Simpanan Tunai?
138) ISU KEGANASAN DOMESTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah keganasan domestik yang dilaporkan pada tahun 2016.
-
Apakah Kerajaan Negeri menyediakan khidmat kaunseling dan guaman untuk mangsa keganasan domestik tersebut?
