138) PENSTRUKTURAN KORPORAT KDEB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah status pinjaman dan bayaran balik pinjaman Kerajaan Negeri kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi tujuan penstrukturan korporat dan pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) yang berjumlah RM 413 juta ?
-
Apakah usaha penstrukturan korporat tersebut mencapai objektif ?
138) AHLI MAJLIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah perbelanjaan Kerajaan Selangor telah belanja kepada Ahli Majlis pada tahun 2009?
138) MASALAH KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah pencapaian kerajaan dari segi pemutihan kilang-kilang haram? Minta satu senarai pemutihan meingkut daerah.
-
Apakah halangan utama yang dihadapi kerajaan dalam memutihkan kilang-kilang haram ini?
-
Apakah insentif-insentif yang ditawarkan kepada pekilang-pekilang ini untuk tujuan pemutihan?
138) INSENTIF PERKAHWINAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Antara insentif skim merakyatkan ekonomi manifesto Pakatan 2013 ialah pemberian RM500 untuk pasangan kahwin kali pertama. Apakah status pelaksanaan insentif ini?
-
Berapakah jumlah peruntukan untuk melaksanakan insentif ini?
-
Nyatakan proses dan cara permohonan untuk insentif ini?
138) LAWATAN KE LUAR NEGARA OLEH PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Nyatakan lawatan ke luar Negara yang dibuat oleh PBT sejak 2008 sehingga sekarang termasuk bilangan dalam rombongan (pegawai PBT dan ahli Majlis), tujuan lawatan, perbelanjaan yang ditanggung dan pelan tindakan pasca lawatan.
138) PENGAUDITAN DALAMAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah keberkesanan audit dalaman di jabatan-jabatan dan PBT memandangkan juruaudit melapor kepada ketua jabatan.
-
Adakah kerajaan mempertimbangkan perjawatan juru audit setiap jabatan dipertanggungjawabkan oleh jabatan Audit Dalam Negeri?
-
Apakah keberkesanan jawatankuasa audit dan pengurusan korporat di setiap PBT?
138) PINJAMAN PERUMAHAN RAKYAT BUKIT BOTAK (PPRBB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini peminjam bagi PPRBB melalui Maybank Shah Alam yang bermasalah?
-
Adakah Kerajaan Negeri membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka?
138) SUMBER AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah perjanjian antara Kerajaan Selangor dengan Kerajaan Persekutuan dalam Projek Pengangkutan Air Mentah dari Negeri Pahang?
-
Adakah Kerajaan Selangor mengenakan cas ke atas laluan pengangkutan air Projek tersebut dan mengenakan pampasan akibat daripada penebangan pokok-pokok di hutan simpanan dan gangguan terhadap habitat hidupan liar?
-
Adakah proses kajian impak alam sekitar, sosio-ekonomi, sosio-budaya disediakan dalam projek tersebut dan apakah mekanisme pemantauan pelaksanaannya
138) AHLI MAJLIS PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Setakat ini masih terdapat berapa kekosongan Ahli Majlis PBT yang belum diisi di semua PBT ?
-
Berapakah kekosongan Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Sepang?
-
Kenapa sehingga hari masih ada kekosongan yang belum diisi?
138) Status Baikpulih Hay Resort
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Sampai bilakah Hey Resort Sabak Bernam akan terus terbiar dan dibiarkan usang hingga mengundang aktiviti jenayah?
