142) COVID-19
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Sepanjang menghadapi COVID-19, jika ada, berapakah jumlah dalam RM yang telah disalurkan oleh MBi. Siapa, berapa bilangan dan dari manakah penerimanya.
142) PEMBINAAN MASJID BANDAR SAUJANA PUTRA, JENJAROM, KUALA LANGAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan terdekat Kerajaan Negeri agar mempercepatkan proses pembinaan sebuah masjid untuk kemudahan dan kegunaan umat Islam di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Kuala Langat Selangor?
-
Sila menyatakan nombor lot tanah, keluasan dan lokasi tapak pembinaan masjid di kawasan perumahan Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Kuala Langat Selangor
-
Apakah kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri untuk membina masjid di lokasi tersebut?
142) STATUS TANAH MILIK YAYASAN BASMI KEMISKINAN DI SERENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Apakah status tanah tersebut?
-
Apakah ada rancangan pembangunan di atas tanah tersebut?
-
Apakah ada rancangan untuk membina satu universiti awam IPTA sebagai contoh UiTM seperti telah dicadangkan sebelum ini di kawasan tersebut?
142) PEMBANGUNAN KEDIAMAN DI ATAS LOT 1346 MUKIM TELOK PANGLIMA GARANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah keputusan Kerajaan Negeri berkenan pembangunan tanah secara serentak bagi cadangan pembangunan kediaman di atas Lot 1346 Mukim Telok Panglima Garang,Daerah Kuala Langat, Selangor?
142) PUSAT HIBURAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Lambakan pusat-pusat hiburan seperti rumah urut dan lain-lain sama ada beroperasi secara haram atau tidak telah menular ke kawasan-kawasan luar bandar khasnya di daerah Sabak Bernam. Apakah tindakan proaktif kerajaan negeri dalam menangani masalah ini?
-
Apakah peranan PBT dalam membanteras mengawal pusat hiburan berdaftar dan pusat hiburan haram?
-
Agensi manakah yang sepatutnya mengetuai operasi penguatkuasaan atau pemantauan dan agensi lain manakah yang sewajarnya terbabit?
142) KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kilang haram dan bilangan kilang sedang dalam proses pemutihan mengikut PBT
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap kilang-kilang haram yang melakukan pencemaran bunyi, bau dan habuk ?
-
Berapakah hasil yang diraih oleh kerajaan negeri daripada kelulusan yang diberikan kepada kilang-kilang haram tersebut ?
142) KAJIAN KADAR KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah status Kajian Kadar Kemiskinan Mengikut Daerah dan Kaum Serta Penetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)?
-
Apakah Kerajaan Negeri yakin dengan kredibiliti kajian tersebut?
142) PEMUTIHAN RUMAH IBADAT HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memutihkan rumah-rumah ibadat haram yang berselerak dan serta menetapkan SOP aktiviti di dalam rumah ibadat ini?
142) KEMAJUAN PROJEK LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Sejauh mana kerja-kerja pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) telah dilaksanakan dan apakah terdapat masalah-masalah semasa yang menghalang pemajuan projek tersebut?
-
Bilakah LRA2 tersebut dapat beroperasi serta kawasan-kawasan mana di Lembah Klang dan Selangor yang akan menerima air LRAL2?
142) PERANAN YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Yayasan Selangor dikatakan mahu membangunkan tanah TOL yang diusahakan oleh operator tanaman hiasan dan bunga di Sungai Buloh. Apakah justifikasi Yayasan Selangor diberikan tanah TOL tersebut?
-
Apakah Yayasan Selangor sudah berubah peranannya dari bidang pendidikan kepada pemaju hartanah?
-
Apakah Yayasan Selangor yang sedang ia berhadapan dengan masalah tadbir urus layak dan mampu membangunkan kawasan ini?
