142) MINIMA 30% PENYERTAAN WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha dan inovasi dalam memenuhi objektif 30% kedudukan kepimpinan wanita Selangor?
-
Nyatakan peratusan pencapaian di setiap peringkat MMKN, Ahli Majlis PBT, Pengarah, CEO Syarikat milik kerajaan, dari 2008 Ð 2016.
-
Apakah ada dasar khusus tentang 30% ini digubal oleh Kerajaan Negeri Selangor? Nyatakan.
142) PENGGUNA PERKHIDMATAN BAS SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Dalam perancangan khidmat bas ini, kenapa tidak mengambil kira Bestari Jaya dan Pekan Ijok? Harap beri penjelasan.
142) PROJEK PEMBESARAN KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek pembesaran kampung yang diluluskan sebelum tahun 2008 dan kontraktor asalnya masih membangunkan projek tersebut pada tahun 2015.
-
Nyatakan dasar premium tanah yang diamal oleh Kerajaan Negeri kepada pembeli lot tanah projek pembesaran kampung pada tahun 2013, 2014 dan 2015.
-
Status terkini Projek Pembesaran Kampung Rasa (Desa Rening Jaya) Daerah Hulu Selangor yang melibatkan 287 unit rumah yang diluluskan oleh MMKN pada 1 Mac 2000.
142) PENUTUPAN OPERASI LOJI AIR SEMENYIH
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kronologi dan punca sebenar gangguan bekalan air yang menyebabkan penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih. LRA Langat dan LRA Cheras baru- baru ini
-
Berapakah kos yang digunakan akibat penutupan loji tersebut?
-
Apakah tindakan demi memastikan sungai tercemar tidak lagi berlaku
142) TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Garis Panduan yang bagaimanakah yang diguna pakai sebagai formula dalam membayar pampasan kepada pemegang-pemegang TOL (Temporary Occupation Lisence) yang mana tanah tersebut diambil alih oleh Kerajaan Negeri ataupun oleh agensi-agensi pembangunan kerajaan?
-
Berapa lama kah proses pembayaran bagi pengambilan tanah tersebut dan nyatakan agensi-agensi lain yang terlibat dalam pengambilan tanah ini?
142) SUNGAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Rancangan bagi pembersihan Sungai Kelang. Setakat manakah pembangunan yang sedang dijalankan?
-
Siapa dan berapakah syarikat yang mengambil bahagian dalam pembangunan ini?
142) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Apakah program-program lanjutan bagi pelajar-pelajar yang mengikuti PTRS selepas mereka habis menduduki peperiksaan SPM?
142) LALUAN BAGI PENCAWANG ELEKTRIK TNB DAN LEBUHRAYA SUKE
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menyediakan laporan lengkap berkenaan cadangan laluan bagi pencawang elektrik TNB dan lebuh raya SUKE yang melalui kawasan sekitar Zon 24 MPAJ ?
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan mengemukakan cadangan laluan terkini lebuh raya SUKE dan laporan lengkap 1(a) tersebut kepada orang awam?
-
Adakah Kerajaan Negeri mengarahkan TNB membina pencawang elektrik bawah tanah? Jika tidak, mengapa
142) PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak yang diperuntukkan untuk pelancongan di Selangor?
-
Apakah prosedur yang diperlukan bagi menaikkan satu-satu kawasan sebagai pusat pelancongan?
-
Adakah tempat-tempat di Semenyih yang telah diwartakan sebagai pusat pelancongan? Jika ada, senaraikan
142) MAKLUMAT LEBURAYA WEST COAST EXPRESSWAY E28
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan maklumat Leburaya West Coast Expressway E28 yang mengandungi nama syarikat pengurusan, jumlah tol, R&R, caj setiap tol mengikut kelas kenderaan, butir-butir peta jalanraya yang bermula dari Bandar Mahkota Banting (Selangor) sehingga Changkat Jering (Perak).
