143) Peduli Sihat Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah penerima Kad Peduli Sihat selepas pensejajaran semula mengikut kawasan DUN bagi tahun 2020?
-
Nyatakan jumlah yang dapat dijimatkan selepas pensejajaran semula bagi tahun 2019 dan 2020?
143) LESEN PUSAT HIBURAN KELUARGA (PHK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah lesen PHK yang telah diluluskan mengikut PBT dari 2018-2020?
-
Apakah mekanisme yang diambil bagi memastikan pelesen-pelesen PHK ini tidak menyalahgunakan lesen tersebut untuk aktiviti haram seperti judi haram?
-
Apakah kriteria yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu lesen PHK itu diluluskan?
143) PERUMAHAN BUMIPUTERA DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Apakah mekanisme yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk menentukan pencapaian dasar perumahan kuota bumiputera?
-
Bilakah masalah penyelenggaraan maklumat pemilikan hartanah kuota bumiputera ini dapat diselesaikan?
143) PELUPUSAN SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan bilangan tempat-tempat pelupusan sisa pepejal yang terdapat di Negeri Selangor dan kapasitinya.
-
Sejauhmana kapasiti tempat pelupusan dapat menampung pembuangan sisa pepejal tersebut?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah pembuangan sisa pepejal yang sentiasa meningkat?
143) YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang sekarang?
-
Adakah sebab kekosongan jawatan pengurus besar Yayasan Selangor berpanjangan dan adakah jawatan itu telah diisi?
143) PEPERIKSAAN PSRA DAN UPKK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk berbincang dengan pihak KPM bagi menyelaraskan kemasukan ke tingkatan satu SBP oleh pelajar tahun enam SRA JAIS hanya dengan menggunakan sijil PSRA dan tidak UPKK?
143) RUMAH-RUMAH IBADAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menjaga keselamatan rumah-rumah ibadat seperti masjid, surau, kuil , tokong dan gereja?
-
Berapakah jumlah wang yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi menjaga keselamatan rumah-rumah ibadat tersebut?
-
Berapakah jumlah rumah-rumah ibadat di Negeri Selangor yang telah menerima atau ditimpa ancaman keganasan, kebakaran dan kerosakan dari segi fizikal
143) KRISIS AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah Kerajaan Selangor / Air Selangor Sdn Bhd tidak membenarkan polis atau Jabatan Penguatkuasa PBT untuk menolong supaya lori-lori air tidak dihalang (hijacked) dan dapat sampai ke kawasan perumahan sepertimana yang dijadualkan?
-
Sila kemukakan pelan perancangan dan pelan tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk menangani krisis air.
143) JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Adakah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) apabila melakukan operasi di kawasan agama selain daripada Islam? Jika ya, sila bekalkan
-
Jika tidak, apakah sebab penangguhan tersebut?
143) INSTITUT WANITA BERDAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan mewujudkan sebuah institute yang akan memfokus kepada pembuatan dasar-dasar berkaitan wanita dan menjalankan kajian keberkesanan program wanita membangunkan kaum wanita di Selangor?
