143) PORTFOLIO EXCO
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Terdapat lantikan baru dan rombakan portfolio EXCO agama kerana perubahan dalam parti PAS Selangor selaku komponen dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Apakah rasional rombakan portfolio pada EXCO yang baru sehingga portfolio agama tidak lagi dipegang seperti EXCO sebelumnya?
-
Apakah YAB Dato' Menteri Besar tidak percaya dengan parti PAS?
-
Apakah YAB Dato' Menteri Besar mampu melaksana tugasan portfolio penting yang banyak dan sekali gus dengan berkesan?
143) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat cadangan menambah peruntukan PeBT bagi menyemarakkan lagi program belia Selangor?
-
Adakah terdapat cadangan insentif tambahan kepada PeBT dan belia?
-
Apakah program pembangunan yang telah dan akan diwujudkan bagi memupuk jatidiri dan nilai insani belia? Senaraikan.
143) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapa unitkah yang sudah di bina sejak pelancarannya?
-
Berapa unitkah yang masih dalam pembinaan?
143) PERUNTUKAN KAMPUNG BARU CINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan bagi Kampung- kampung Baru Cina Selangor bagi tahun 2013 dan 2014?
-
Nyatakan statistik jumlah peruntukan tersebut mengikut kampung dan DUN?
143) PERUMAHAN KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Ada keperluan untuk perumahan kos rendah untuk kaum miskin di kawasan Bukit Melawati yang dibina dahulunya , banyaknya dijual kepada orang yang berhubungan rapat dengan ahli politik. Satu contoh adalah di Taman Kasawari, di mana lebih dari 20% rumah tidak di duduki oleh pemilik rumah atau kosong sahaja
-
Bolehkah kita bina lebih kurang 200 unit di kawasan Kg Kuantan / Kg Asahan dan lebih kurang 150 unit di kawasan Bukit Rotan ?
143) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah usahasama yang dilakukan oleh PKNS bersama pihak swasta dari tahun 2008 hingga kini.
-
Nyatakan jumlah tanah PKNS yang terlibat.
-
Berapakah jumlah pendapatan yang diperolehi oleh PKNS hasil usahasama tersebut?
143) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan matlamat penubuhan DEIG
-
Nyatakan struktur perniagaan DEIG dan anak-anak syarikatnya
-
Apakah cadangan projek-projek yang akan dilaksanakan oleh DEIG?
143) PROGRAM PERTANIAN BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif kerajaan bagi golongan penduduk bandar menceburi pertanian moden?
-
Apakah bantuan Kerajaan Negeri sediakan bagi golongan petani yang ingin membesarkan lagi hasil pengeluaran atau penuaian tanaman?
143) INDUSTRI TERNAKAN BABI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Baru-baru ini kerajaan negeri memaklumkan akan membuat pelaburan RM 100 juta dalam industri ternakan babi secara kaedah moden. Apakah rasional kerajaan negeri membuat pelaburan begitu banyak dalam industri ternakan babi?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membuat pelaburan tambahan?
-
Adakah kerajaan negeri mengambil kira sensitiviti kaum agama Islam sebelum membuat pilihan kawasan yang dikenal pasti menjalankan industri ternakan babi secara moden?
143) PELAKSANAAN PARKIR BERBAYAR DI PBT MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah rasional pelaksanaan parkir berbayar tersebut?
-
Berapakah jangkaan jumlah kutipan hasil daripada perlaksanaan parkir berbayar tersebut?
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan kajian terperinci bagi melaksanakan parkir berbayar tersebut?
