143) Peduli Sihat Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah penerima Kad Peduli Sihat selepas pensejajaran semula mengikut kawasan DUN bagi tahun 2020?
-
Nyatakan jumlah yang dapat dijimatkan selepas pensejajaran semula bagi tahun 2019 dan 2020?
143) LESEN PUSAT HIBURAN KELUARGA (PHK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah lesen PHK yang telah diluluskan mengikut PBT dari 2018-2020?
-
Apakah mekanisme yang diambil bagi memastikan pelesen-pelesen PHK ini tidak menyalahgunakan lesen tersebut untuk aktiviti haram seperti judi haram?
-
Apakah kriteria yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu lesen PHK itu diluluskan?
143) INDUSTRI TERNAKAN BABI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Baru-baru ini kerajaan negeri memaklumkan akan membuat pelaburan RM 100 juta dalam industri ternakan babi secara kaedah moden. Apakah rasional kerajaan negeri membuat pelaburan begitu banyak dalam industri ternakan babi?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membuat pelaburan tambahan?
-
Adakah kerajaan negeri mengambil kira sensitiviti kaum agama Islam sebelum membuat pilihan kawasan yang dikenal pasti menjalankan industri ternakan babi secara moden?
143) PENGURUSAN SEKTOR INFORMAL (UNIT PENJAJA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila jumlah perbelanjaan dalam perkara Pengurusan Sektor Informal (Unit Penjaja) dalam tahun 2008-2013
-
Sila kemukakan senarai perbelanjaan untuk Pengurusan Sektor Informal (Unit Penjaja) DUN Teratai dalam tahun 2008-2013
-
Berapakah peruntukan 2014 untuk pengurusan sektor informal (unit penjaja) DUN Teratai?
143) PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KG. MELAYU SUNGAI BULOH, KG. MATANG PAGAR, KG. SRI INDAH, TAMAN MATANG JAYA, TAMAN SRI PUTRA DAN TAMAN IMPIAN INDAH.
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan perkhidmatan bas awam atau di kawasan tersebut?
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan melaksana projek pengangkutan bas awam di kawasan tersebut?
143) YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang sekarang?
-
Adakah sebab kekosongan jawatan pengurus besar Yayasan Selangor berpanjangan dan adakah jawatan itu telah diisi?
144) RUMAH KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah bantuan yang boleh dipohon bagi keluarga yang tidak mampu menjelaskan sewa rumah?
-
Apakah tindakan terhadap penyewa yang gagal menjelaskan tunggakan sewa dan yang menyewakan unit kepada orang lain?
144) PEMBINAAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ANTARA LEBUHRAYA ELITE & SKVE, BANDAR SAUJANA PUTRA, JENJAROM
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mendesak Permodalan Negeri Selangor Berhad menyegerakan pembinaan Persimpangan Bertingkat antara Lebuhraya ELITE & SKVE untuk menyuraikan kesesakan trafik di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Daerah Kuala Langat?
144) Pembangunan 2 Masjid Di Kota Damansara
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Masjid Kota Damansara 2, apa statusnya?
-
Masjid Subang Bistari, apa statusnya?
144) WARGA ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membendung masalah peniaga warga asing yang menggunakan lesen warga tempatan terutamanya di kawasan DUN Hulu Bernam?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan satu blueprint bagi pemohon lesen perniagaan bagi mengatasi masalah penyalahgunaan lesen berniaga oleh warga asing?
