143) TANAH PERTANIAN 2 EKAR UNTUK GOLONGAN MISKIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Bukit Melawati telah mengenal pasti 1000 ekar di Daerah Kuala Selangor. Buat masa ini,tanah ini di bawah kawalan PKPS Bukit Melawati telah mencadangkan setiap 2 ekar lot diberi kepada 400 orang golongan berpendapatan rendah. PKPS memberitahu mereka mempunyai rancangan tersendiri dalam masa akan datang. Namun sudah 15 tahun tiada sebarang usaha di buat oleh PKPS di tanah ini. Kami berharap Kerajaan Negeri akan mencampur tangan untuk membangunkan dan memberi TOL selama 20 tahun kepada golongan berpendapatan rendah. Ini akan menolong mereka keluar dari belenggu kemiskinan. Bolehkah kerajaan negeri menjayakan usaha ini ?
143) AKHBAR SELANGOR KINI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi membiayai akhbar Selangor Kini dari 2014- 2017?
-
Senarai secara terperinci syarikat yang menaja akhbar Selangor Kini sekiranya ada?
143) KEBAJIKAN DAN PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Penjelasan Exco Kebajikan mengenai Kadar Pendapatan Garis Kemiskinan Seisi Rumah bagi kelayakan Skim Bantuan Am:RM720
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menilai semula paras pendapatan garis kemiskinan bagi kelayakan Skim Bantuan Am sepertimana disyorkan dalam Laporan Audit Negara 2013?
143) CUKAI PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jenis-jenis cukai dan lesen yang dikutip oleh PBT?
-
Nyatakan kadar setiap jenis cukai dan lesen yang dikenakan oleh PBT?
-
Berapakah jumlah hasil kutipan cukai dan lesen dari 2008-2012 mengikut PBT?
143) PENGGUNAAN KEMUDAHAN DEWAN ORANG RAMAI DAN BALAIBALAI RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Pada tahun lalu, Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor termasuk MPS, begitu ghairah mengambil alih pengurusan dewan-dewan dan balai-balai raya di kampung-kampung dan taman-taman perumahan. Tindakan ini telah menimbulkan banyak masalah serta membelakangkan kepentingan rakyat. Selain kemudahan-kemudahan ini telah tidak di selenggara dengan baik oleh PBT, penduduk-penduduk tempatan juga menghadapi masalah untuk mengadakan program kemasyarakatan dari semasa ke semasa oleh kerana kelulusan bagi penggunaan kemudahan tersebut ditolak oleh pihak PBT. Apakah rasional dan motif sebenar pengambilalihan pengurusan kemudahankemudahan tersebut oleh PBT
-
Mohon nyatakan bilangan permohonan penggunaan kemudahan dewan dan balai raya yang telah diterima oleh PBT dalam kawasan DUN Taman Templer dan bilangan permohonan yang telah dinafikan serta sebab-sebab bagi penafian berkenaan
143) PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan dan tindakan kerajaan untuk mengawal harga rumah daripada dijual dengan harga yang begitu mahal?
-
Setakat manakah kejayaan program Ôapartment ceriaÕ, dan apakah kelemahan dan halangan kelicinan program ini jika ada?
143) PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Bertulis
-
Berapa peruntukan yang telah disalurkan bagi seluruh sekolah-sekolah di Semenyih? Senaraikan nilai peruntukan bagi setiap sekolah yang ada
-
Apakah ada usaha-usaha menaiktaraf perpustakaan Semenyih dan Beranang?
143) PEMBERDAYAAN KOMPLEKS PKNS, SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan PKNS Real Estate untuk memberdayakan semula Kompleks PKNS, Shah Alam sebagai tarikan kepada para pengunjung?
-
Apakah strategi PKNS Real Estate bagi membantu peniaga dan penyewa yang beroperasi di Kompleks PKNS, Shah Alam untuk meningkatkan hasil jualan mereka?
143) SUMBER TENAGA HIJAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan untuk mengurangkan perlepasan karbon dengan kegunaan sumber tenaga hijau?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri menggalak industri atas kegunaan sumber tenaga hijau?
143) STATUS KUIL SIVAN DI JALAN BUKIT GASING, PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Mengapakah Kuil Sivan di Bukit Gasing masih belum menerima Hak milik Geran Tanah asal sebagai pemilik yang sah sehingga ke hari ini?
-
Mengapakah operasi Kuil Sivan di Bukit Gasing masih ditutup sehingga ke hari ini, walaupun sudah lebih 3 tahun berlalu?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi kesemua masalah-masalah tersebut agar Kuil Sivan dapat dibuka dan beroperasi semula dalam kadar seberapa segera?
