143) PORTFOLIO EXCO
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Terdapat lantikan baru dan rombakan portfolio EXCO agama kerana perubahan dalam parti PAS Selangor selaku komponen dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Apakah rasional rombakan portfolio pada EXCO yang baru sehingga portfolio agama tidak lagi dipegang seperti EXCO sebelumnya?
-
Apakah YAB Dato' Menteri Besar tidak percaya dengan parti PAS?
-
Apakah YAB Dato' Menteri Besar mampu melaksana tugasan portfolio penting yang banyak dan sekali gus dengan berkesan?
143) INSTITUT WANITA BERDAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan mewujudkan sebuah institute yang akan memfokus kepada pembuatan dasar-dasar berkaitan wanita dan menjalankan kajian keberkesanan program wanita membangunkan kaum wanita di Selangor?
143) PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR DI PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Terdapat pandangan bahawa kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya seperti PKNS akan merampas balik tanah-tanah di Seksyen 51A dan Seksyen 8 yang sudah mempunyai hak milik untuk pembangunan semula. Apakah penjelasan daripada kerajaan?
-
Adakah PKNS juga akan menjalankan pembangunan semula di flat PKNS Seksyen 17 dan SS8 berdekatan dengan pasaraya Bintang Jalan SS3/39?
143) MENYEMARAKKAN KEGIATAN BELIA BERWAWASAN DAN MAJU
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk inisiatif dan insentif pihak kerajaan negeri Selangor bagi belia berwawasan dan maju di negeri Selangor melalui PeBT?
143) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan yang dibelanjakan untuk program tuisyen percuma tersebut?
-
Adakah bagi pelajar miskin atau kurang berkemampuan diluar bandar mengikut DUN diberikan kelebihan peruntukan dari segi jumlah kuota pelajarnya?
143) PENGURANGAN CUKAI PINTU UNTUK PREMIS BADAN KEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk mengurangkan cukai pintu untuk premis badan kebajikan memandangkan rumah-rumah kebajikan ini bergantung kepada sumbangan derma daripada masyarakat?
-
Apakah syarat-syarat yang mesti dipatuhi oleh rumah-rumah kebajikan ini agar mereka dapat menikmati pengurangan cukai pintu ini.
143) MASALAH PENYAKIT BACTERIA LEAF BLIGHT (BLB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan keluasan bendang yang diserang penyakit BLB dalam musim kedua 2013?
-
Sila nyatakan apakah punca utama pesakit BLB begitu kritikal di Kawasan Sg. Burong dan Sekinchan
-
Sila senaraikan anggaran berapakah kekurangan hasil pengeluaran petani akibat serangan tersebut dan kaedah penyelesaiannya?
143) PERUMAHAN KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Ada keperluan untuk perumahan kos rendah untuk kaum miskin di kawasan Bukit Melawati yang dibina dahulunya , banyaknya dijual kepada orang yang berhubungan rapat dengan ahli politik. Satu contoh adalah di Taman Kasawari, di mana lebih dari 20% rumah tidak di duduki oleh pemilik rumah atau kosong sahaja
-
Bolehkah kita bina lebih kurang 200 unit di kawasan Kg Kuantan / Kg Asahan dan lebih kurang 150 unit di kawasan Bukit Rotan ?
143) MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan struktur, pengurusan kanan dan lembaga pengarah MBI serta semua anak syarikat yang terkini.
-
Berapakah jumlah pendapatan, keuntungan selepas cukai, zakat dan dividen MBI pada 2018?
143) WABAK DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berikan statistik beserta tarikh jumlah tertinggi kes Denggi baharu dan kematian dalam seminggu yang pernah dicatatkan.
-
Sejauhmanakah keberkesanan usaha pengawalan wabak Denggi di Selangor berdasarkan statistik terkini?
