142) DASAR-DASAR NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar-dasar Negeri Selangor yang dimansuhkan dan apakah dasar baru yang perkenalkan?
142) LALUAN BAGI PENCAWANG ELEKTRIK TNB DAN LEBUHRAYA SUKE
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menyediakan laporan lengkap berkenaan cadangan laluan bagi pencawang elektrik TNB dan lebuh raya SUKE yang melalui kawasan sekitar Zon 24 MPAJ ?
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan mengemukakan cadangan laluan terkini lebuh raya SUKE dan laporan lengkap 1(a) tersebut kepada orang awam?
-
Adakah Kerajaan Negeri mengarahkan TNB membina pencawang elektrik bawah tanah? Jika tidak, mengapa
142) PENJUALAN ARAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membuat larangan penjualan arak di kedai serbaneka seperti 7eleven dan Speedmart 99.
142) PERANCANGAN DAN BELANJAWAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan serta usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan perbelanjaan Negeri selaras dengan belanjawan yang dirancang dan dibentangkan pada setiap tahun (ini mengambil kira Jawatankuasa Kira-kira Kerajaan Negeri di dalam proses memastikan Belanjawan mengikut prosedur dan tiada pembaziran)
-
Selain usaha Kerajaan Negeri membantu projek yang terbengkalai, apakah sasaran dan projek yang dirancang di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor yang dilihat dapat membantu mengatasi masalah sosio ekonomi setempat khususnya di kawasan Pelabuhan Klang?
142) PROJEK LANGAT 2
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah persiapan kerajaan negeri untuk memastikan projek berkenaan terus berjalan lancar?
-
Selain mengeluarkan kebenaran merancang dan arahan pembangunan, apakah tindakan lain bagi melancarkan projek tersebut?
142) SELANGORKU IDAMANKU
Tahun:
Sesi:
Isu: perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Adakah slogan Selangorku ini dilancarkan kerana ketidakyakinan rakyat terhadap program Merakyatkan Ekonomi Selangor?
-
Adakah penjenamaan ini sekadar retorik?
-
Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor tidak menggunakan bendera Selangor untuk menunjukkan kecintaan terhadap negeri Selangor?
142) PADI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah jumlah keluasan tanah yang digunakan untuk tanaman padi di seluruh negeri?
-
Berapakah jumlah hasil tahunan bagi tahun 2008-2009?
-
Berapakah keluasan tanah yang strategik dan hasil penanaman padi yang minima untuk negeri Selangor?
142) PEMBANGUNAN KEDIAMAN DI ATAS LOT 1346 MUKIM TELOK PANGLIMA GARANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah keputusan Kerajaan Negeri berkenan pembangunan tanah secara serentak bagi cadangan pembangunan kediaman di atas Lot 1346 Mukim Telok Panglima Garang,Daerah Kuala Langat, Selangor?
142) MASALAH PENGGANGGURAN SISWAZAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan butiran terperinci jumlah siswazah IPTA/IPTS yang menganggur selepas tamat pengajian dari tahun 2006 hingga bulan Jun 2008 mengikut pecahan kaum.
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan keadaan sedemikian berlaku?
-
Sila nyatakan apakah bentuk insentif dan bantuan serta latihan yang disediakan oleh pihak Kerajaan kepada para siswazah yang menganggur agar mereka dapat memperoleh pekerjaan dengan secepat mungkin?
142) KAJIAN KADAR KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah status Kajian Kadar Kemiskinan Mengikut Daerah dan Kaum Serta Penetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)?
-
Apakah Kerajaan Negeri yakin dengan kredibiliti kajian tersebut?
