Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

181) INSTITUT WANITA BERDAYA UNTUK EKONOMI BERKEMAHIRAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah strategi Institut Wanita Berdaya bagi mencapai penglibatan wanita yang lebih besar dalam sektor ekonomi berkemahiran?

    Klik jawapan »

182) TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut


  1. Apakah status pertubuhan Tribunal Pengurusan Strata di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan maklumat berkenaan kes-kes yang telah difailkan ke Tribunal Pengurusan Strata di luar negeri Selangor mengikut PBT.

    Klik jawapan »

183) KUALITI JALAN RAYA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan pelan penyelenggaraan jalan raya utama di bawah JKR bagi mempastikan pengguna selamat menggunakannya, khususnya permukaan jalan dan lampu jalan diari Kampung Sg. Udang hingga ke Northport dan Bagan Hailam.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos optimum yang diperlukan? Berapa yang diperolehi?

    Klik jawapan »

184) INISIATIF PEDULI RAKYAT

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah skim-skim dalam Inisiatif Peduli Rakyat yang boleh diberi nilai tambah supaya ia berbaloi dari segi kos yang dibelanjakan serta mencapai objektif?

    Klik jawapan »

185) KESALAHAN MEMBERI, MENJUAL DAN MEMAKAI DARJAH KEBESARAN YANG TIDAK DIIKTIRAF OLEH DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kes berlakunya salah guna, memberi, menjual dan memakai Darjah Kebesaran yang tidak diiktiraf oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor selepas Dewan Undangan Negeri membuat pindaan Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama (mencegah daripada salah guna) 1962?

    Klik jawapan »

  2. Apakah hukuman yang telah diberikan untuk pesalah?

    Klik jawapan »

186) PENJAJA TANPA KEBENARAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan cadangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah penjaja tepi jalan tanpa kelulusan yang semakin bertambah

    Klik jawapan »

187) SARANAN KERAJAAN NEGERI TERHADAP DUN-DUN YANG TIDAK MEMBERI KERJASAMA DALAM PROGRAM EXCO PENDIDIKAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Apakah saranan kerajaan negeri terhadap DUN-DUN yang tidak memberi kerjasama terhadap program-program sokongan PTRS (Pecutan akhir) yang dianjurkan oleh EXCO Pendidikan?

    Klik jawapan »

188) LADANG AYAM

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Pencemaran alam sekitar di Kuala Selangor dengan bau busuk dan lalat berpunca daripada ladang Ayam. Apakah langkah jabatan-jabatan terlibat untuk memantau ladang-ladang Ayam yang menimbulkan masalah?

    Klik jawapan »

189) MASALAH SAMPAH DI JALAN BUKIT KUCHING SASARAN SUNGAI BULUH

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi menangani masalah pembuangan sampah di tepi jalan kawasan berkenaan yang mencemar pandangan dan berbau busuk?

    Klik jawapan »

  2. Di manakah tempat pembuangan sampah bagi masyarakat di kawasan berkenaan?

    Klik jawapan »

190) PEMBANGUNAN WANITA SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah diambil untuk memastikan Wanita Selangor cukup berdaya saing di peringkat antarabangsa?

    Klik jawapan »

  2. Di manakah Pusat Jagaan Kanak-kanak Berkemampuan yang sepatutnya dibina mengikut bajet Selangor 2017?

    Klik jawapan »