Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
131) KADAR KEMISKINAN SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah kadar kemiskinan terkini di negeri Selangor?
-
Apakah langkah-langkah lanjut untuk mengatasinya secara bersepadu dan berkesan?
-
Apakah sasaran bilangan dan peratusan yang ingin di keluarkan dari kemiskinan ini?
132) PROJEK USAHASAMA BAWAH DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG) DAN ANAK-ANAK SYARIKATNYA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan syarikat-syarikat yang terlibat dalam projek usahasama (Joint Venture) bersama DEIG serta anak-anak syarikatnya.
-
Senaraikan lokasi-lokasi serta nama pemaju yang terlibat bagi setiap projek usahasama yang telah dan akan dijalankan oleh DEIG serta anak-anak syarikatnya
-
Nyatakan "Gross Development Value" bagi setiap projek usahasama bawah DEIG serta anak-anak syarikatnya dan jangkaan pulangan pelaburan (Return of Investment)
133) PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN PAIP AIR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan jadual penyelenggaraan dan pembaikan paip-paip air di Teratai
-
Sila kemukakan maklumat paip-paip air bocor dan bilangan unit rumah/kedai yang terjejas di DUN Teratai dalam tahun 2013 hingga 2015
134) LEBUHRAYA EKVE
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status kelulusan pembinaan Lebuhraya EKVE
-
Nyatakan pendirian Kerajaan Negeri terhadap Lebuhraya EKVE memandangkan terdapat perbezaan pandangan di kalangan penduduk sekitar.
135) PEMBANGUNAN TANAH PKNS KURANG 1 EKAR DI KAMPUNG SERI INDAH B
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah PKNS akan merancang membangunkan tanah kurang dari 1 ekar?
136) PENGAMBILAN BALIK TANAH KERAJAAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Terdapat banyak tanah kerajaan yang digazettekan untuk kemudahan awam seperti untuk hospital, sekolah, balai polis, balai bomba dan sebagainya. Adakah kerajaan negeri akan mengambil balik tanah yang telah digazettekan tersebut sekiranya kerajaan persekutuan tidak mempunyai rancangan untuk membangunkan tapak tersebut? Adakah sebarang tarikh luput bagi pembangunan di tapak tersebut?
-
Adakah kerajaan akan mengambil balik tanah yang tidak lagi digunakan seperti laluan TNB dan loji-loji pembentungan?
137) BANTUAN SEKOLAH SEKOLAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan mengikut kategori nama-nama sekolah (SR Tamil, SR Cina, KAFA, SR Agama dan lain-lain) , jumlah kelulusan wang ringgit bantuan sekolahsekolah Kerajaan Negeri Selangor untuk Fasa 1 dan Fasa 2 pada tahun 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 hingga Julai 2015 di Daerah Kuala Langat.
138) KAWASAN HOTSPOT DENGGI DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kesemua kawasan hotspot denggi di Selangor dalam enam bulan pertama tahun 2015 dan bilangan kes denggi berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2013 dan 2014.
139) MASALAH HAKISAN LONGKANG PARIT 6 SEKINCHAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan masalah hakisan tebing longkang Parit 6 terus berlaku?
-
Sila nyatakan berapakah anggaran kos yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah hakisan tebing longkang Parit 6 secara tuntas?
-
Sila nyatakan kaedah penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi masalah tersebut?
140) TAMAN-TAMAN REKREASI
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar Kerajaan tentang perlu dan mesti wujudnya taman-taman rekreasi di setiap kawasan perumahan?
-
Senaraikan bilangan dan kos penyelenggaraan taman-taman rekreasi menurut PBT.
-
Berdasarkan KPI yang ditetapkan, nyatakan tahap keutamaan yang diberikan oleh setiap PBT terhadap penjagaan taman-taman ini.