Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
101) PEKELILING PERKHIDMATAN AWAM
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah Pekeliling Perkhidmatan Bil 2, Tahun 1993, yang bertujuan untuk menghadkan jumlah elaun pengarah yang diterima oleh penjawat awam digunapakai dan dikuatkuasakan di Negeri Selangor?
-
Jika tidak, ada tak pekeliling lain yang sama tujuan digunapakai?
102) ISU PASIR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan sedar masih ada kes-kes perusahaan pasir haram di Selangor?
-
Jika ya, apakah langkah-langkah pengawalan yang telah dan akan diambil?
-
Mohon nyatakan kedudukan hasil pasir sebelum dan selepas Kerajaan Pakatan ambil alih.
103) PERPARITAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Banyak parit parit dan longkang2 di Ijok masih dalam keadaan buruk seperti longkang pecah, air bertakung dan dipenuhi dengan tumbuh tumbuhan yang mengganggu pengaliran air yang memberi kesan buruk pada kesihatan penduduk. Apakah langkah2 mengatasi masalas tersebut?
104) TAMAN KEKAL PENGELUAR MAKANAN (TKPM)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah program susulan kepada peserta TKPM?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu dalam memasarkan hasil produk peserta TKPM?
105) PUSAT JAGAAN KEBAJIKAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perancangan kerajaan untuk menyelesaikan permasalahan kejiranan yang tertimbul apabila sesebuah pusat jagaan beroperasi di kawasan perumahan.
-
Adakah kerajaan mewartakan tanah untuk kegunaan kebajikan? Senaraikan mengikut lokasi sekiranya ada.
106) TAHAP USIA BELIA DEWASA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah sesuai usia belia dewasa hanya terhad sehingga 30 tahun sahaja, sedangkan yang memegang jawatan dan berpengalaman, ramai yang berusia 40 tahun dan ke bawah ?
107) CABARAN EKONOMI & PELABURAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah kesan secara langsung dan tidak langsung kepada pelaburan di Negeri Selangor akibat keadaan ekonomi yang merudum?
-
Apakah pendekatan inovatif dan usaha kerajaan untuk menangani masalah ini?
108) PROGRAM HIJRAH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah Bumiputera Sabah dan Serawak juga turut menerima skim pinjmaman Hijrah?
-
Kenapakah Bumiputra Sabah dan Serawak juga turut menerima Skim Pinjaman Hijrah Negeri Selangor?
109) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini penstrukturan industri air Selangor?
-
Nyatakan secara terperinci kos pembelian semua syarikat konsesi yang terlibat?
110) PENGIKTIRAFAN SIJIL UEC
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perkembangan terkini pengiktirafan sijil UEC
-
Apakah persiapan yang telah dilakukan oleh pihak UNISEL dalam perkara ini
-
Adakah agensi kerajaan negeri akan mengambil graduan lepasan UEC setalah pengiktirafan mula dilaksanakan?