Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

181) MODEL PEMBANGUNAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri telah merancang dan mengenalpasti kawasan - kawasan bandar yang akan dibangunkan dan dipulihkan semula (urban redevelopment) dan apakah model pembangunan yang akan diguna pakai ?

    Klik jawapan »

182) SEKTOR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan jumlah bilangan pelancong domestik dan luar yang datang melawat Selangor sejak tahun 2008 hingga Jun 2012 mengikut pecahan daerah

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan 20 destinasi pelancongan yang paling digemari oleh para pelancong dan nyatakan apakah tarikan istimewanya ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah insentif dan bantuan yang telah dan bakal disalurkan kepada Dun Sekinchan khususnya dalam usaha mempromosikan dan menjadikan ia sebagai Destinasi Agro-pelancongan yang unik?

    Klik jawapan »

183) DASAR PENGURANGAN KADAR CUKAI TAKSIRAN KEPADA PEMILIK PETAK PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak unit rumah yang telah menerima manfaat ini mengikut PBT sehingga sekarang?

    Klik jawapan »

  2. Adakah cara ini telah membantu mengurangkan tunggakan bayaran caj penyelenggaraan dan sinking fund di kalangan pemilik rumah pangsa kos rendah? Apakah statistiknya?

    Klik jawapan »

184) BEKALAN AIR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Adakah permohonan industri baru ditolak oleh kerajaan negeri kerana Syabas tidak dapat membekal air?

    Klik jawapan »

  2. Jika benar, apakah tindakan kerajaan negeri menangani masalah ini?

    Klik jawapan »

185) TAPAK BAGI PEMBINAAN SURAU DI KAWASAN PERUMAHAN KOS RENDAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Surau bagi penduduk Islam di flat Taman Prima Selayang yang berjumlah lebih 300 keluarga disediakan di sebuah unit flat di tingkat bawah Blok A. Keperluan bagi mendapatkan sebuah tapak yang sesuai bagi membina sebuah surau yang lebih selesa telah pun dimajukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan pernah saya bangkitkan dalam Sidang Dewan yang lalu. Sayugia dimaklumkan bahawa di kawasan yang sama telah ada kuil Hindu dan tokong bagi kaum cina dan ini menjadikan orang Islam setempat merasakan kebajikan mereka telah tidak diendahkan oleh Kerajaan Negeri. BAdakah usaha serius dibuat oleh Majlis Perbandaran Selayang untuk mengenal pasti tapak bagi membangunkan surau untuk penduduk Islam di kawasan berkenaan oleh kerana adalah mustahil untuk penduduk di situ mengenal pasti sendiri tapak yang sesuai bagi maksud tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan penduduk Islam di kawasan flat ini dan kawasan-kawasan serupa di dalam Negeri Selangor mendapat surau yang lebih selesa bagi menjalankan aktiviti keagamaan dan kebajikan ummah?

    Klik jawapan »

186) KERTAS PUTIH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri ada menyatakan hasrat untuk mengeluarkan kertas putih menjelaskan isu-isu di Selangor seperti pengambilalihan hutang Talam, industri pasir, industri air dan YBK. Mengapakah sehingga kini kerajaan negeri gagal mengeluarkan mana-mana kertas putih tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pihak kerajaan negeri cuai sehingga gagal menjelaskan isu tersebut secara rasmi?

    Klik jawapan »

187) TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT DI SS15

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Bilakah dan bagaimanakah MPSJ bercadang untuk membangunkan satu tempat letak kereta bertingkat di SS15, Subang Jaya? Berikan butir-butir

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah perkara ini telah berlanjutan dan tidak dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor?

    Klik jawapan »

188) LANJUTAN PAJAKAN TANAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Sejak dilancarkan, berapa permohonan untuk lanjutan pajakan diterima,bilangan yang berjaya diproses mengikut Pejabat Daerah? Apakah sasaran sebenar?

    Klik jawapan »

189) GELANGGANG SERBAGUNA DAN DATARAN ANAK MUDA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah gelanggang serbaguna dan dataran anak muda yang telah disiapkan dan di manakah lokasi-lokasinya di seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos keseluruhan yang telah dibelanjakan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan dan berapakah peruntukan yang akan disalurkan bagi penyelenggaraan kemudahan-kemudahan ini?

    Klik jawapan »

190) PULANGAN PELABURAN JANGKA PANJANG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2011, pulangan bagi pelaburan jangka panjang Negeri Selangor untuk lima tahun ini adalah kurang memuaskan. Bertanya kepada Y.A.B. DATO' Menteri Besar:- a) Apakah penjelasan Kerajaan Negeri Selangor dan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »