Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
151) PELANCONGAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam 2011 untuk meningkatkan kemasukan pelancong-pelancong ke Negeri Selangor ?
-
Berapakah jumlah peruntukan kewangan yang telah diluluskan dalam tahun 2011 oleh Kerajaan Negeri Selangor jika ada untuk menyediakan kemudahan-kemudahan tempat pelancongan di Negeri Selangor ?
-
Sila senaraikan jumlah peruntukan tersebut mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor
152) SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 3 PEMERINTAHAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Baru-baru ini telah diadakan majlis sambutan ulang tahun ke-3 Pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah Kerajaan Negeri belanjakan untuk menganjurkan program tersebut?
153) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Di Negeri Selangor masih terdapat banyak projek perumahan terbengkalai yang masih belum dapat dipulihkan. Berapakah jumlah terkini projek perumahan terbengkalai tersebut?
-
Berapa banyakkah projek perumahan terbengkalai yang berjaya dipulihkan sejak tahun 2008?
-
Bagi projek perumahan terbengkalai yang berjaya dipulihkan tersebut, sila nyatakan :- i) Kaedah yang diguna pakai bagi memulihkannya? ii) Sumber kewangan bagi pemulihannya?
154) PERLANTIKAN DATUK BANDAR/YDP UNTUK PBT
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Berapakah Datuk Bandar/YDP untuk PBT yang telah ditukar sejak 2008?
-
Apakah proses pelantikan YDP yang baru di PBT?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan melantik ahli politik menerajui jawatan ini? Sila berikan butir-butir.
155) MERAKYATKAN EKONOMI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Sehingga 31 Disember 2010 berapa banyak kos yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk program merakyatkan ekonomi ?
-
Dapatkah perbelanjaan itu dipecahkan mengikut program MES ?
-
Berapa ramai rakyat Selangor yang telah menikmati program-program dalam Mes, sila pecahkan mengikut program ?
156) ISU PERJAWATAN DI MPAJ
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Dalam apakah keadaan seorang pegawai boleh memegang 2 jabatan selama 2 tahun?
-
Selepas ADN Teratai membangkitkan masalah perjawatan di MPAJ pada sidang dewan tahun lepas bulan November, apakah tindakan yang pernah diambil. Sila lampiran laporan siasatan.
157) AHLI MAJLIS
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Ahli Majlis diberi tempoh tertentu untuk menduduki sesuatu jawatankuasa di setiap PBT. Berapakah tempoh yang biasa untuk jawatankuasa tender, sebut harga dan OSC ?
-
Kenapakah di sesetengah PBT contohnya di MPSJ ia tidak ditukar secara bergilir-gilir bagi memastikan ketelusan diamalkan ?
-
Apakah pekeliling seperti itu ada dikeluarkan dan kenapa ia tidak dipatuhi ?
158) LAPORAN AUDIT YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Yayasan Selangor yang menghadapi masalah dan dakwaan penyelewengan melalui proses audit dan laporannya dikatakan telah siap. Apakah kedudukan laporan audit tersebut?
-
Bilakah laporan tersebut akan didedahkan kepada rakyat Selangor?
-
Adakah kerajaan negeri bersedia mengambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab jika wujud bukti penyelewengan?
159) KONTRAKTOR ALAM FLORA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Didapati pelantikan kontraktor untuk kerja-kerja di bawah Alam Flora telah tertangguh. Kenapakah perkara penangguhan ini berlaku?
-
Adakah penangguhan ini menjejaskan kualiti perkhidmatan pengurusan sampah di PBTPBT?
160) SKIM KREDIT MIKRO
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri telah memperkenalkan Skim Kredit Mikro (SKIMSEL) dan Skim Kredit Mikro Miskin Bandar (MIMBAR Selangor). Apakah status semasa skim-skim tersebut?
-
Berapakah bilangan penerima setakat ini mengikut daerah dan bagaimanakah profil mereka?
-
Adakah skim ini berhadapan dengan masalah pembayaran balik?