Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

101) PENGUATKUASAAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Penguatkuasaan adalah satu elemen penting yang menentukan polisi-polisi kerajaan dapat di laksanakan secara telus dan berkesan. Namun dalam kes peniaga-peniaga asing yang berniaga secara terang-terangan tanpa permit di Pasar Besar Klang, nampaknya penguatkuasaan dari Majlis Perbandaran Klang sama ada terlepas pandang atau tidak mendatangkan kesan langsung dalam menangani masalah yang berlarutan begitu lama. Apakah langkah-langkah baru yang akan diperkenalkan oleh MPK bagi mengatasi masalah peniaga-peniaga asing yang bebas beroperasi seawal jam 2 pagi ini ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk-bentuk denda yang sepatutnya dikenakan ke atas warga asing yang beroperasi secara haram ini dan sejauh manakah keberkesanannya ?

    Klik jawapan »

  3. Amalan rasuah boleh menyebabkan denda atau tindakan tidak di jalankan atau boleh juga menyebabkan sesuatu operasi yang dirancangkan dipihak PBT seolah-olah dapat di hidu oleh peniaga-peniaga asing sehingga mereka tidak berniaga pada hari-hari berkenaan. Apakah langkah-langkah pihak MPK bagi menjamin amalan rasuah terkutuk ini tidak berlaku di kalangan kakitangannya ?

    Klik jawapan »

102) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2011

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah program yang akan dilancarkan di bawah Kempen Tahun Melawat Selangor 2011 dan apakah tema utama yang digunakan?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan jumlah pelancong tempatan serta pelancong asing ke negeri Selangor daripada tahun 2005-2010.

    Klik jawapan »

  3. Apakah badan pelaksana yang ditubuhkan bagi menyelaraskan kempen pelancongan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan ?

    Klik jawapan »

103) FRUIT VALLEY

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah status perkembangan Selangor Fruit Valley?

    Klik jawapan »

  2. Apakah inisiatif seterusnya untuk memajukan produk fruit salad negeri?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan kerajaan untuk menggalakkan rakyat terlibat dalam pengeluaran fruit salad ?

    Klik jawapan »

104) SIJIL HALAL

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan statistik hotel dan restoran yang memperoleh sijil halal di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pihak berwajib negeri mampu memproses dengan cepat dan tepat permohonan sijil halal produk makanan, kosmetik dan farmaseutikal?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah untuk meningkatkan kesedaran pengusaha dan pengguna?

    Klik jawapan »

105) GANGGUAN LALAT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Terdapat gangguan masalah lalat terhadap penduduk berpunca dari kawasan ternakan ayam misalnya di Kampung Sesapan Batu Rembau dan Bandar Tasik Kesuma. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah garis panduan untuk pengusaha ternakan ayam bagi membendung masalah ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengadakan sistem ternakan ayam berpusat?

    Klik jawapan »

106) KEMUDAHAN WI-FI PERCUMA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan Wi-Fi percuma di mana-mana lokasi? Jika ya, sila senaraikan lokasi-lokasi tersebut

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan kemudahan Wi-Fi percuma di seluruh Negeri Selangor? Jika ya, bilakah ia akan dilaksanakan? Jika tidak, mengapa?

    Klik jawapan »

107) ANAK SYARIKAT KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Huraikan sektor manakah yang memberikan pulangan paling banyak kepada pendapatan kerajaan negeri dan apakah perancangan masa depan bagi memastikan ia terus kekal relevan?

    Klik jawapan »

108) PENDAPATAN PETANI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha-usaha untuk menaikkan pendapatan petani-petani di Negeri Selangor seperti petani-petani di Sekincan, contohnya menjalankan usaha ternakan lembu atau kambing begitu juga bantuan ternakan itik yang satu ketika dulu amat popular di Negara kita?

    Klik jawapan »

109) SKIM PERUMAHAN KOS RENDAH UNTUK GOLONGAN MISKIN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Bukit Melawati telah mencadangkan Skim Perumahan Kos Rendah di 3 kawasan iaitu, di Sungai Rambai,Ladang Kuala Selangor dan Kampong Tanjong Keramat. Apakah status permohonan ini ?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah program ini akan dilaksanakan ?

    Klik jawapan »

110) AIR PERCUMA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Mulut


  1. Berapa jumlah hutang Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang dipertanggungjawabkan untuk membayar air percuma kepada Syabas.

    Klik jawapan »

  2. Dari manakah KDEB memperolehi sumber kewangan untuk tujuan tersebut?

    Klik jawapan »