Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

171) PINJAMAN MIKRO KREDIT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Program Pinjaman Mikro Kredit yang telah dilancarkan oleh kerajaan negeri satu usaha yang baik. Bukit Melawati sedang menunggu pelancaran Mikro Kredit di sini untuk golongan berpendapatan rendah. Bank Mikro Kredit Kampong ini mesti diuruskan dengan perbelanjaan yang rendah.Ini boleh dijalankan dengan bantuan anggota sukarela dari NGO (Badan Bukan Kerajaan) seperti cara -cara koperasi beroperasi Grameen Bank di Bangladesh adalah salah satu yang berjaya seperti tersebut di atas. Bank Mikro Kredit Kampong boleh memberi pinjaman dari RM 2000 sehingga maksimum RM 20,000. Memohon penjelasan bagaimana bank ini akan beroperasi dan bila pinjaman -pinjaman boleh diperolehi ?

    Klik jawapan »

172) AIR DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri telah mengehadkan kajian tentang permintaan air (industri dan per kapita) di Negeri Selangor berbanding dengan kapasiti dalam negeri. Apakah usahausaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kapasiti air di Negeri Selangor berdasarkan economic growth projected method.

    Klik jawapan »

173) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan perumahan kos rendah yang pernah dibina oleh PKNS sejak ia diwujudkan

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha PKNS memulihkan serta menyegarkan semula perumahan-perumahan kos rendah yang lama. Senaraikan perumahan-perumahan tersebut dan yang dipulihkan?

    Klik jawapan »

174) RUMAH EXCO SHAH ALAM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Apakah rasional perumahan berkenaan dijadikan Rest House Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Mereka yang berkategori apakah yang layak menginap di Rest House ini?

    Klik jawapan »

  3. Setakat ini dengan operasi sebagai Rest House itu adakah menguntungkan kerajaan negeri Selangor atau sebaliknya?

    Klik jawapan »

175) IKLAN HARAM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang dilakukan untuk membendung permasalahan ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan tempat khas untuk menggantung atau menampal iklan-iklan tersebut?

    Klik jawapan »

176) LEPTOSPIROSIS

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan bilangan operasi dan program gotong royong membasmi tikus dan anjing liar yang telah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam Negeri Selangor di sepanjang tahun 2009 sehingga kini.

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan yang akan diambil Kerajaan melalui Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dalam mencegah pembiakan tikus dan penularan penyakit leptospirosis di kawasankawasan perumahan dan perniagaan di negeri ini, khususnya di kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan tikus dan anjing liar.?

    Klik jawapan »

  3. Ingin mengetahui masih adakah perkhidmatan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan khususnya oleh Majlis Perbandaran Selayang untuk menangani masalah anjing liar dan anjing tidak bertuan di kawasan-kawasan perumahan DUN Taman Templer. Jika ada, nyatakan kekerapan operasi yang dibuat dalam satu-satu kawasan

    Klik jawapan »

177) PERUNTUKAN MESRA RAKYAT DUN-DUN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Di bawah peruntukkan mesra rakyat KHASNYA untuk DUN Morib ke manakah perbelanjaan tersebut di salurkan dan siapakah yang diberi tanggungjawab menguruskan perbelanjaan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program-program mesra rakyat yang telah dilaksanakan pada tahun ini sehingga Oktober 2010. ?

    Klik jawapan »

178) PEMBALAKAN HARAM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008 berkenaan pembalakan haram, muka surat 52: ÒPada pendapat Audit, pelaksanaan penguatkuasaan oleh JPNS tidak memuaskan kerana tidak mengikuti sasaran jadual rondaan yang telah ditetapkanÓ. Laporan Ketua Audit muka surat 51 menyatakan: ÒKecurian kayu balak daripada aktiviti pembalakan haram mengakibatkan kerugian hasil Kerajaan seperti premium, royalti dan sesÓ. Ulasan Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor, muka surat 63, Para 3.5.1.2 (b): ÒJabatan Perhutanan Negeri Selangor telah membentangkan kertas kerja kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 10 April 2009 menentukan bentuk tindakan yang akan diambil. Jabatan terus meningkatkan kawalan supaya penerokaan baru tidak berlakuÓ. Berapakah anggaran kerugian kepada Kerajaan Negeri di segi premium, royalti dan ses di seluruh negeri Selangor akibat aktiviti pembalakan haram ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang disyorkan oleh Jabatan dalam kertas kerja yang dikemukakan kepada MTES bagi mengatasi kelemahan ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah bentuk-bentuk tindakan yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri serta hasilhasil yang telah dicapai sepanjang tahun 2009 dan 2010?

    Klik jawapan »

179) EKO-PELANCONGAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar dan strategi kerajaan dalam pembangunan pelancongan berdasarkan alam sekitar, kebudayaan dan pertanian?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan perbelanjaan mengikut perkara bagi sektor eko-pelancongan dalam tahun 2009.

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan dan peruntukan untuk pembangunan eko-pelancongan di Daerah Hulu Langat?

    Klik jawapan »

180) TV SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. TV Selangor sepatutnya berperanan menyampaikan maklumat Ð maklumat penting seperti program-program kerajaan negeri kepada pihak akar umbi di samping menjadi saluran media yang bertanggungjawab bagi menjawab tohmahan-tohmahan yang di lemparkan oleh pihak pembangkang. Adakah satu kajian terperinci di buat untuk mengukur sejauh mana keberkesanan TV Selangor dalam menjalankan amanah ini ?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos yang telah di belanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai operasi TV Selangor dan adakah ianya berbaloi ?

    Klik jawapan »