Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

71) PELANCONGAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan pelancong yang datang ke negeri ini sepanjang tahun 2009. Nyatakan taburan pelancongan yang datang mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah produk baru pelancongan bagi tahun 2009 yang diperkenalkan kepada pelancong yang datang ke negeri ini dan bagaimanakah sambutan yang diterima?

    Klik jawapan »

72) BIASISWA ATAU PINJAMAN UNTUK PELAJAR PENGAJIAN TINGGI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Bertulis


  1. Adalah menjadi tugas utama sebuah kerajaan memberi pendidikan percuma kepada semua rakyatnya sekurang-kurangnya sehingga memperoleh ijazah pertama. Pinjaman PTPTN yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan tidak dapat membiayai semua kos bagi seseorang pelajar. Mereka masih terpaksa minta bantuan kewangan daripada pihak - pihak tertentu. Kerajaan Negeri pula tidak meluluskan pinjaman atau biasiswa tambahan kepada pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN. Apakah langkah yang boleh diambil oleh kerajaan bagi menyelesaikan perkara tersebut ?

    Klik jawapan »

73) PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN DI BAWAH MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan program-program yang telah dilaksanakan di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sepanjang tahun 2009 dan 2010. Sila jelaskan apakah yang telah dicapai, berapakah jumlah dana yang belum dibelanjakan serta perancangan program MES.

    Klik jawapan »

74) PERUNTUKKAN INFRASTRUKTUR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah jumlah peruntukkan yang dibajetkan untuk infrastruktur dalam tahun 2006- 2010?

    Klik jawapan »

  2. Berikan perincian mengikut kawasan dan projek yang dijalankan, peruntukkan 2010 dibelanjakan

    Klik jawapan »

75) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan Ahli-ahli Lembaga PKPS

    Klik jawapan »

  2. Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga PKPS bagi tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga PKPS bagi tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

76) KEDAI / BILIK PAMERAN PENGEDAR-PENGEDAR KERETA TERPAKAI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mengeluarkan notis sitaan kenderaan-kenderaan kepada pengedar-pengedar kereta terpakai di Taman Kanangapuram, Seksyen 18, Petaling Jaya disebabkan aduan-aduan oleh persatuan penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Pengedar-pengedar kereta terpakai sebegini telah dibenarkan untuk beroperasi di pelbagai bahagian di Petaling Jaya. Walaupun tuntutan-tuntutan mahkamah telah dimasukkan ke mahkamah dan kedai-kedai kereta terpakai yang bersebelahan telah dibenarkan untuk meneruskan operasi. Mengapakah situasi sebegini adalah dibenarkan di mana jelasnya pengedar-pengedar kereta terpakai di Taman Kanagapuram dimangsakan dan tidak dibenarkan untuk beroperasi lagi?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah pihak negeri akan mengimplementasikan garis panduan yang sesuai bagi pengendali-pengendali pengedar-pengedar kereta terpakai untuk diikuti dan untuk pegawai-pegawai penguat kuasa untuk diberi panduan yang betul untuk membezakan antara kedai-kedai kereta terpakai yang haram atau tidak?

    Klik jawapan »

  3. Apakah jumlah nombor kedai-kedai kereta terpakai di Petaling Jaya dan bilangan yang telah dikenal pasti sebagai sah atau haram ? Sila bekalkan maklumat-maklumat terperinci.

77) RUMAH PPRT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk membina rumah PPRT untuk rakyat Selangor yang kurang berkemampuan pada tahun 2008 hingga 2010?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan rumah PPRT yang telah diluluskan di DUN Meru

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah cara penyerahan rumah kunci PPRT dilakukan?

    Klik jawapan »

78) PENCEMARAN AMMONIA BERLAKU DI SUNGAI KEMBONG, BANGI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Sungguhpun tempat pelupusan sampah di Sungai Kembong ini dikatakan sudah ditutup, tetapi terbaru (lebih sebulan lalu) berlaku pencemaran Ammonia. Mengapakah masih berlaku pencemaran Ammonia?

    Klik jawapan »

  2. Adakah sampah-sampah masih dibuang di sana secara haram?

    Klik jawapan »

  3. Apakah jaminan pencemaran yang menyusahkan penggunaan air di banyak tempat di Selangor itu tidak akan berlaku?

79) KEMPEN KEBERSIHAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan PBT yang telah menyertai Kempen Zon Bersih dan berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan ?

    Klik jawapan »

  2. Sila huraikan apakah matlamat dan pencapaian kempen tersebut serta nyatakan apakah kelemahan yang dikenal pasti ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah kaedah yang paling berkesan dalam konteks menyedarkan orang ramai supaya prihatin terhadap kebersihan setempat ?

    Klik jawapan »

80) PENEMPATAN PEKERJA ASING DAN PELAJAR LUAR NEGARA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Penempatan pekerja asing dan juga pelajar luar negara di kawasan perumahan yang serupa dengan rakyat tempatan sering menimbulkan masalah kerana perbezaan budaya dan cara hidup. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan kawasanÐkawasan industri dan kilang yang mengambil kerja pekerja asing menyediakan hostel-hostel pekerja yang berasingan

    Klik jawapan »