Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
231) PEMINDAHAN ENAM KELUARGA DI KAJANG
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
(Merujuk kepada Hansard Dewan Negeri 9 Nov 2017, ms 19). Berbanding kes-kes pendudukan tanah kerajaan secara tidak sah yang lain, apakah kelebihan yang menjadikan kes enam keluarga yang menduduki tanah milik Kementerian Kesihatan di Kajang dapat diselesaikan dengan begitu mudah?
232) KDEB WASTE MANAGEMENT SDN BHD
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Senaraikan aset yang dimiliki oleh KDEB Waste Management dan hutang kepada Kerajaan Negeri Selangor?
-
Nyatakan kos operasi KDEB sepanjang tahun 2019 terkini mengikut pecahan kawasan DUN?
233) GEJALA SOSIAL DI KALANGAN KANAK-KANAK BAWAH UMUR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah program yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah sosial di kalangan kanak-kanak bawah umur?
-
Senaraikan secara terperinci jenayah yang melibatkan kanak-kanak bawah umur.
-
Apakah terdapat usaha Kerajaan bagi menangani gejala mengandung anak luar nikah di kalangan remaja?
234) PARKING SMART SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah impak kepada hasil PBT setelah aplikasi pintar Smart Selangor Parking diperkenalkan?
-
Berapakah pengguna aplikasi pintar Smart Selangor Parking?
-
Apakah status kerjamasa dengan PBT negeri lain supaya memudahkan pengguna aplikasi parking pintar?
235) USUL YANG DIBAWA OLEH AHLI DEWAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak usul yang telah dikemukakan oleh Ahli Dewan Negeri Selangor dari tahun 2008 sehingga kini?
-
Berapakah usul yang telah ditolak dan alasannya?
-
Apakah tindakan yang telah diambil terhadap usul-usul yang telah diluluskan?
236) CARUMAN PERKESO UNTUK KAKITANGAN PUSAT KHIDMAT OLEH KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan boleh pertimbang dan luluskan caruman PERKESO untuk 3 kakitangan yang di tawarkan "Contract For Service "?
237) PELANCONGAN DI TMS 2020
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri bagi kawasan Sepang khususnya di Sungai Pelek dalam menyokong industri ecotourism dan agrotourism khususnya dalam menghadapi Tahun Melawat Sepang (TMS) 2020?
-
Apakah status perancangan kerajaan negeri dalam membina jambatan diantara Sungai Sepang Besar ke Bukit Pelanduk?
238) BANTUAN KEPADA PETANI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah bantuan Kerajaan Negeri untuk membantu petani-petani yang terjejas hasil mereka kerana masalah bencana alam yang tidak dijangka?
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menubuhkan satu ladang fedlot di setiap DUN bagi mengatasi masalah lembu terbiar?
239) HUB INDUSTRI AGRIPOLITAN SABAK ( HIAS )
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah segera yang diambil Kerajaan Negeri untuk memastikan program Hub Agripolitan Sabak ( HIAS ) dapat direalisasikan menjelang tahun 2025?
-
Berapakah peruntukan belanjawan oleh Kerajaan Negeri untuk rancangan gugusan agrotani di kawasan DUN Sungai Air Tawar?
240) RSPO DAN LADANG KELAPA SAWIT SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Apakah peratusan ladang Kelapa Sawit yang telah mendapat pengiktirafan RSPO?
-
Adakah semua ladang PKPS sudah memohon dan mendapat pengiktirafan RSPO?
-
Apakah peratusan pengeluaran Kelapa Sawit di Selangor berbanding dengan pengeluaran negara?