Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

241) LANGKAH-LANGKAH PUBLISITI KERAJAAN NEGERI BAGI PENGUMUMAN TERMA DAN SYARAT BARU SKIM AIR SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan setiap jenis pengumuman awam yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menguar-uarkan terma dan syarat terbaru bagi pendaftaran Skim Air Selangor.

    Klik jawapan »

242) MASALAH PENDATANG ASING

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha kerajaan bagi mengatasi masalah pendatang asing yang banyak membuka perniagaan di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

243) ISU KETIADAAN LAMPU JALAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu ketiadaan lampu jalan di sekitar jalan Dengkil seperti di Desa Putra, Sungai Merab, Jenderam Hilir, Olak Lempit dan Jalan Dengkil-Banting?

    Klik jawapan »

244) PENCEMARAN AIR BERBAU

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri sekiranya berlaku pencemaran air berbau yang kini kerap berulang?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi projek baik pulih masalah air di Selangor?

    Klik jawapan »

245) PELABURAN SEKTOR PERTANIAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pelaburan Kerajaan Negeri dalam sektor pertanian sejak lima tahun lalu dan apakah terdapat perancangan meningkatkan pelaburan di tahun mendatang? Sila nyatakan.

    Klik jawapan »

246) TAKUNGAN AIR EMPANGAN DI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan peratusan takungan air yang paling rendah dicatat pada setiap empangan di Selangor pada tahun ini.

    Klik jawapan »

  2. Adakah takungan air Empangan di Selangor mencukupi untuk menampung keperluan bekalan air di Selangor sehingga Disember 2019?

    Klik jawapan »

247) PENGGUNAAN TANAH T.O.L. UNTUK MENJANA PENDAPATAN PENDUDUK

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan tertentu untuk membantu golongan marhaen menjana pendapatan tambahan dengan menggunakan tanah T.O.L. untuk jangka masa pendek?

    Klik jawapan »

  2. Apakah sudah ada pasukan badan bertindak bagi mengkaji penggunaan optima tanah T.O.L?

    Klik jawapan »

248) RUMAH TIDAK DISELENGGARA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut


  1. Selain membilkan kos penyelenggaraan rumah yang tidak di selenggara kepada pemilik, apakah penyelesaian jangka masa panjang yang sedang dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri, memandangkan proses notis hingga pelaksanaan penyelenggaraan memakan masa yang terlalu lama dan keperluan untuk melaksanakan yang sama secara berulang?

    Klik jawapan »

249) PROGRAM SARAPAN PERCUMA MURID SEKOLAH

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan bercadang melaksanakan program sarapan percuma di sekolah-sekolah rendah agama di bawah JAIS sepertimana pelaksanaan di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan?

250) PEMBANGUNAN KEDAI PERNIAGAAN DI BAWAH PEJABAT DAERAH DAN JUGA PBT TEMPATAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan bercadang untuk menaiktaraf kedai ini kerana ada antaranya sudah kelihatan uzur dan daif kerana sudah lama tidak diselenggara dengan baik?

  2. Sub-soalan telah di tolak