Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
301) KADAR AIR TIDAK BERHASIL (NRW)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah kadar NRW di Selangor pada tahun 2019 dan bandingkan prestasi ini dengan kadar NRW sebelum ini.
-
Apakah faktor kepada perkembangan penurunan atau peningkatan NRW ini?
302) KAWALAN HARGA TEMPAT LETAK KERETA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan melalui PBT pada masa ini mengawal kadar bayaran yang dikenakan oleh operator tempat letak kereta?
-
Jika ya, apakah peruntukan undang-undang yang membenarkan tindakan ini?
-
Jika ya, apakah garis panduan ataupun asas untuk menetapkan kadar bayaran yang dikawal?
303) CSR MBI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Berapa Jumlah dana digunakan oleh MBI untuk Program CSR setiap Tahun?
-
Dalam Skop dan bidang apa?
304) ISU PEMBUANGAN SAMPAH HARAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Isu pembuangan sampah haram semakin serius terutamanya di kawasan perindustrian, hukuman RM1000 dan sitaan lori terlalu ringan dan kurang berkesan untuk mengatasi masalah ini. Apakah usaha yang akan dilakukan oleh kerajaan demi mengawal situasi ini?
305) PEMUTIHAN KEDAI MAKAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah terdapat perancangan pemutihan ke atas kedai-kedai makan tanpa lesen yang beroperasi di atas tanah-tanah bukan rizab komersil?
306) PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN DI BUKIT BERUNTUNG
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap pencerobohan tanah milik kerajaan seluas 60 hektar di Bukit Beruntung, Hulu Selangor yang telah dicerobohi warga asing untuk tujuan pertanian sejak 10 tahun yang lepas dan didedahkan oleh Berita Harian pada September 2019?
307) LESEN PENJAJA TEPI JALAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah penjaja tepi jalan yang berlesen/permit di seluruh MBPJ?
-
Berapakah penjaja tepi jalan yang berlesen/permit di seluruh MBPJ yang baru bermula berniaga pada tahun 2018 dan 2019?
-
Apakah garis panduan MBPJ untuk mengeluarkan lesen ini?