Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
51) PENGUNJUNG DOMESTIK
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah pengunjung domestik ke tempat pelancongan di Negeri Selangor?
-
Apakah usaha kerajaan untuk menarik lebih pelancong ke Negeri Selangor daripada mereka ke luar negara?
52) PRODUKTIVITI PERTANIAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menggalakkan peningkatan produktiviti dan hasil pertanian serta pendapatan para petani dan pekebun kecil?
-
Apakah tanaman dan produk pertanian utama yang menjadi fokus pembangunan pertanian di Daerah Kuala Selangor serta jumlah pengeluaran dan pendapatannya?
53) RUMAH IDAMAN RAKYAT SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini Program Rumah Idaman Rakyat Selangor?
-
Apakah kelayakan dan kriteria pemilikan Rumah Idaman Rakyat Selangor?
54) HAL EHWAL ORANG ASLI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan orang Asli terlibat dengan sistem pendidikan?
-
Berapakah peruntukan daripada pertumbuhan ekonomi kerajaan Negeri yang memberi manfaat kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat orang Asli?
55) PROJEK PENCAHAYAAN KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah status projek pencahayaan di kampung tradisi Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi projek pencahayaan di Kampung Tradisi Negeri Selangor dari tahun 2015 sehingga kini?
56) PENDAFTARAN E-KASIH DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Dengan kerjasama yang lebih rapat antara Kerajaan Negeri dan ICU, apakah tempoh masa maksimum untuk memproses dan meluluskan/menolak satu pendaftaran e-Kasih?
57) GERAN TAHUNAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan berhasrat untuk memberikan geran tahunan kepada persatuan belia dan sukan yang terdapat dalam Negeri Selangor?
58) KEMPEN BEBAS PLASTIK
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kos Kerajaan Negeri dalam program bebas plastik #Bebasstrawplastik bagi tujuan memelihara alam sekitar?
-
Senaraikan aktiviti dan program yang dianjurkan Kerajaan Negeri dalam usaha memelihara alam sekitar untuk tahun 2019 dan kos operasi?
59) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Sila jelaskan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Selangor. Adakah pelantikan tersebut mengikut perlembagaan syarikat?
-
Sila jelaskan pendapatan yang diperuntukkan kepada CEO Yayasan Selangor
-
Sila jelaskan status kewangan Yayasan Selangor dan status peruntukan yang diberi untuk tujuan pendidikan.
60) PROJEK LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan projekprojek paip dan tangki air yang berkaitan?