Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
91) PENCEMARAN SUNGAI-SUNGAI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan sungai-sungai yang mengalami pencemaran di Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan yang telah diambil untuk memulihkan sungai-sungai tersebut yang telah mengalami pencemaran?
92) ANAK MUDA LUAR BANDAR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan kelompok anak muda luar bandar tidak tersisih dari pembangunan yang dilaksanakan?
-
Apakah kaedah yang dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi mengekang penghijrahan anak muda luar bandar ke bandar?
93) PELAKSANAAN PELAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM (PIPANS)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
PIPANS dihasilkan bagi mengatasi masalah trafik di kawasan awam. Walaubagaimanapun, perlaksanaannya bergantung pada ketersediaan dana. Apakah Kerajaan Negeri akan kaji semula sekiranya pelan tersebut sudah dirangka bertahun-tahun dan terdapat kemungkinan penemuan di dalam tidak bersesuaian lagi?
94) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan pendapatan Yayasan Selangor untuk tempoh 5 tahun sejak 2014 sehingga kini.
-
Apakah punca permasalahan tersebut, dan apakah cadangan pihak pengurusan Yayasan untuk meningkatkan pendapatan Yayasan Selangor?
95) PENGIYSTIHARAN ASET ADUN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengikut jejak Parlimen Malaysia dalam mewajibkan pengiystiharan aset untuk semua ADUN Selangor?
96) BANTUAN KEPADA IKS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan syarikat IKS yang telah berdaftar dengan Negeri Selangor?
-
Apakah jenis bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu syarikat IKS?
-
Berapakah jumlah bantuan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu IKS?
97) PROJEK AGROTEK TERNAKAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan hasil projek penternakan dari projek agrotek penternakan yang menggunakan baka yang baik?
-
Berapa peserta yang telah berjaya dan senaraikan keuntungan peserta dan kos program?
98) KACAU GANGGU DI KAWASAN AWAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi kacau ganggu yang dilakukan minum arak di tempat awam? Terutamanya di kawasan lapang.
-
Adalah kerajaan mempertimbangkan untuk larangan minum arak di tempat awam tengah malam?
99) SUKAN AIR “WATER RAFTING”
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang meningkatkan daya tarikan pelancongan di Hulu Selangor dengan perlepasan air Empangan Sg Selangor yang berjadual bagi memudahkan aktiviti sukan air "water rafting" dijalankan? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
100) MASALAH JEREBU
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bila jerebu melanda negara terutama di Negeri Selangor