Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor 1969

Bahagian

V - Ahli2 Perpustakaan 'Am

Seksyen

15

Tajuk

Ahli2
15 [1]

Ahli2 Perpustakaan ‘Am hendak-lah:

(a) di-hadkan kepada orang yang biasa-nya tinggal di-dalam Negeri2 Tanah Melayu; dan

(b) terdiri daripada Ahli2 Biasa dan lain2 kumpulan atau kelas ahli2 sa-bagaimana dari masa ka-semasa di-tetapkan oleh Atoran2 yang di-buat di-bawah sekshen 28 atau sekshen 29.

 

15 [2]

Ahli2 mana2 chawangan Perpustakaan ‘Am atau mana2 Perpustakaan Berkenderaan hendak-lah –

(a) di-hadkan kapada orang2 yang biasa-nya tinggal di-dalam Negeri atau di-sesuatu kawasan di-dalam Negeri sa-bagaimana yang di-tetapkan oleh Perbadanan; dan

(b) terdiri daripada kumpulan atau kelas ahli2 sa-bagaimana dari masa ka-semasa di-tetapkan oleh Atoran2 di-buat di-bawah sekshen 28 atau sekshen 29.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.