Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015

Bahagian

9 (Penentuan Hukum Syarak)

Seksyen

41

Tajuk

Istibdal mawquf
41 [1]

Tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa, Majlis boleh mengistibdalkan mana-mana mawquf dalam hal keadaan yang berikut:

(a) jika mana-mana syarat wakaf tidak selaras dengan mana-mana undang-undang bertulis;

(b) jika mawquf diambil oleh mana-mana pihak berkuasa mengikut mana-mana undang-undang bertulis;

(c) jika kegunaan mawquf tidak mendatangkan manfaat atau kepentingan sebagaimana yang dikehendaki oleh waqif;

(d) jika kegunaan mawquf tidak menepati tujuan wakaf;

(e) jika mana-mana syarat yang ditetapkan oleh waqif tidak dapat dilaksanakan disebabkan berlalu masa atau berlaku perubahan keadaan;

(f) jika Majlis hendak mengistibdalkan masjid atau tapak masjid yang telah menjadi mawquf;

(g) jika mana-mana syarat yang telah ditetapkan oleh waqif tidak dapat dilaksanakan dan Majlis berhasrat untuk melaksanakan wakaf itu dengan cara yang sehampir mungkin sama dengan syarat yang ditetapkan oleh waqif; atau

(h) dalam hal keadaan lain yang difikirkan perlu oleh Majlis.

41 [2]

Nilai mawquf yang diperoleh melalui istibdal hendaklah tidak kurang daripada nilai semasa mawquf asal.

41 [3]

Majlis hendaklah mengistibdalkan apa-apa mawquf sama ada keseluruhan atau sebahagiannya dalam tempoh yang munasabah.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.