Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015

Bahagian

2 (Kuasa dan Tanggungjawab Majlis)

Seksyen

4

Tajuk

Majlis sebagai pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf
4 [1]

Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf yang terletak di dalam Negeri Selangor dan hendaklah mempunyai kuasa untuk—

(a) mewujudkan Perbadanan;

(b) melantik atau memberi kebenaran bertulis kepada mana-mana orang untuk menjadi pentadbir atau pengurus dan memegang apa-apa mawquf bagi pihaknya; dan

(c) mengiktiraf pelantikan mana-mana pentadbir atau pengurus dalam keadaan yang mana waqif telah pun melantik pentadbir atau pengurusnya sendiri tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Majlis.

4 [2]

Mana-mana pengurus atau pentadbir yang dilantik di bawah perenggan (b) dan (c) hendaklah mempunyai kewajipan dan tanggungjawab sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis.

4 [3]

Majlis boleh menarik balik pengiktirafan pelantikan pentadbir atau pengurus yang dilantik oleh waqif yang pada pendapat Majlis adalah wajar untuk berbuat sedemikian.

4 [4]

Majlis hendaklah mempunyai segala kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan kewajipan dan tanggungjawabnya di bawah Enakmen ini.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.