Enakmen Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 1972

Bahagian

II

Seksyen

6

Tajuk

Kenyataan Oleh Ahli-Ahli Perbadanan Mengenal Kepentingan Urusan Dengan Perbadanan.
6 [1]

Mana-mana ahli yang mempunyai atau memperolehi dengan sachara langsong atau sachara tidak langsong melaluinya sendiri, kongsi atau ejenya-

(a) satuatu sher atau kepentingan-

(i) dalam mana-mana kontrek yang dibuat                         dengan Perbadanan

(ii) dalam mana-mana kerja yang dibuat untok                  Perbadanan atau

(iii) dalam mana-mana sharikat atau firma atau                  mengenai apa-apa pengusahaan dengan                        mana Perbadanan berchadang hendak                            membuat satu kontrek; atau

(b) apa-apa kepentingan berfaedah mengenai                      tanah yang dichadang hendak diperolehi, dibeli,          dipajak atapun diurus dengan jalan lain oleh                Perbadanan yang ia tahu sabagai terlibat atau              mungkin terlibat oleh mana-mana projek,                    ranchangan atau enterprais yang diluluskan                atau dichadang hendak diluluskan oleh                          Perbadanan, hendaklah menyatakan jenis dan            takat sher atau kepentingannya kepada                          Perbadanan.

6 [2]

Tiap-tiap kenyataan yang dibuat menurut sekshen ini hendaklah direkodkan dalam minit meshuarat dimana ianya telah dibuat atau dibacha.

6 [3]

Sasaorang ahli tidak boleh mengundi atas apa-apa ketetapan atau soal berhubong dengan mana-mana konterk, pemerolehan, pembelian, pajakan, urusan, projek, atau ranchangan dalam mana ia ada mempunyai apa-apa sher atau kepentingan, sama ada ia telah menyatakannya atau tidak, juga ia tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa perbinchangan (kechuali atas pelawaan Perbadanan) atau keputusan berhubong dengannya ata apa-apa perkara yang bersampingan dengannya dan jika ia berbuat demikian maka undinya tidak boleh dikira dan juga ia tidak boleh dikira dalam koram yang hadir dimeshuarat itu bagi maksud ketetapan atau soal itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.