Enakmen Penghinaan Dewan (Negeri Selangor) 2009.

Bahagian

Bahagian II - Penghinaan Dewan

Seksyen

3

Tajuk

Kesalahan
3

Mana-mana orang yang—
(a) enggan menerima penyampaian atau mengingkari dalam
apa bentuk sekalipun mana-mana perintah, saman atau
arahan Dewan;
(b) enggan hadir di hadapan Dewan apabila diperintahkan
sedemikian;
(c) enggan mengemukakan apa-apa kertas, buku, rekod atau
dokumen dalam milikannya atau di bawah kawalannya
sebagaimana yang diperintahkan oleh Dewan;
(d) enggan mengangkat sumpah, mengikrarkan atau
menentusahkan mana-mana kenyataan di hadapan Dewan
apabila diperintahkan;
(e) membuat kenyataan, sama ada bertulis atau lisan, yang
palsu, dan yang dia sama ada mengetahui atau mempercayai
ianya adalah palsu, atau tidak mempercayai ianya adalah
benar di hadapan mana-mana perjalanan Dewan;

(f) menyebabkan apa-apa keadaan wujud, atau membuat apa-
apa catatan palsu dalam mana-mana buku atau rekod, atau

menjadikan apa-apa dokumen mengandungi satu kenyataan
palsu, dengan niat bahawa keadaan, catatan palsu, atau
kenyataan palsu sedemikian boleh menjadi keterangan di
hadapan Dewan dan bahawa keadaan, catatan palsu, atau
kenyataan palsu sedemikian yang menjadi keterangan,
boleh menyebabkan mana-mana orang, yang hadir di
dalam perjalanan Dewan untuk merumuskan pandangan
berdasarkan keterangan sedemikian, mempertimbangkan
pandangan yang khilaf mengenai mana-mana perkara
yang berhubung kait dengan keputusan perjalanan
sedemikian, adalah melakukan suatu kesalahan menghina Dewan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.