Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988

Bahagian

III

Seksyen

8

Tajuk

Kuasa-Kuasa Jemaah.
8

Jemaah hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai biasa dan boleh mendakwa dan _didakwa atas namanya dan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suaimanfaat atau semunasabahnya perlu atau bersampingan dengan menjalankan tugas-tugasnya dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna yang tersebut di atas:

(a) untuk memperolehi, membeli,. mengambil, memegang, menikmati harta alih atau tak alih dari tiap-tiap jenis dan mindahhak, menyerahhak, menyerahkan balik, menyerahkan, menggadai, menggadaijanji, mendemis, menyerahhakkan sem”Qla, memindahmilik atau selainnya melupuskan, atau menguruskan atau memajukan mana-mana harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletakhak pada Jemaah atas apa-apa terma yang disifatkannya patut;

(b) untuk membuat apa-apa perkiraan dengan Kerajaan Negeri atau Persekutuan atau pihak berkuasa yang mungkinnya berfaedah kepada tugas-tugas Jemaah atau mana-mana antaranya dan mendapatkan daripada Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa itu apa-apa hak, keistimewaan dan konsesi yang difikirkan mustahak didapatkan oleh Jemaah dan melak:sanakan, menjalankan dan mematuhi mana-niana perkiraan, hak keistimewaan dan konsesi itu;

(c) melakukan segala perkara lain yang bersampigan atau berfaedah bagi mencapa1 maksud tugas:tugas dan menjalankan kuasa-kuasa Jemaah.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.