Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Bahagian

II - Perkahwinan

Seksyen

14

Tajuk

Perkahwinan seseorang perempuan
14 [1]

Tiada seseorang perempuan boleh, dalam masa perkahwinannya dengan seorang lelaki berterusan, berkahwin dengan seseorang lelaki lain.

14 [2]

Jika perempuan itu adalah seorang janda—

(a) tertakluk kepada perenggan (c), dia tidak boleh, pada
bila-bila masa sebelum tamat tempoh ‘iddahnya yang
dikira mengikut Hukum Syarak, berkahwin dengan
seseorang melainkan kepada lelaki yang akhir dia telah
bercerai;

(b) dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah
mengemukakan—

(i) suatu surat perakuan cerai yang sah yang dikeluarkan di bawah undang-undang yang pada masa itu berkuat kuasa;

(ii) suatu salinan yang diperakui bagi catatan yang
berkaitan dengan penceraiannya dalam daftar
penceraian yang berkenaan; atau

(iii) suatu perakuan, yang boleh diberi atas
permohonannya selepas penyiasatan yang wajar oleh Hakim Syarie yang mempunyai bidangkuasa di
tempat di mana permohonan itu dibuat, yang bermaksud bahawa dia adalah seorang janda; dan

(c) jika perceraian itu adalah dengan ba-in kubra, iaitu tiga talaq, dia tidak boleh berkahwin semula dengan suaminya yang dahulu itu, melainkan dia telah berkahwin dengan sah dengan seorang lain dan dia telah disetubuhi oleh seorang lain itu dalam perkahwinan itu dan perkahwinan itu dibubarkan kemudiannya dengan sah dan setelah habis
‘iddahnya.

14 [3]

Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum dia telah disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, dia tidak boleh, dalam masa ‘iddah perceraian biasa, berkahwin dengan seseorang yang lain daripada suaminya yang dahulu itu, kecuali dengan kebenaran Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat pengantin perempuan itu bermastautin.

14 [4]

Jika perempuan itu adalah seorang balu—

(a) dia tidak boleh berkahwin dengan seseorang pada bila-
bila masa sebelum tamat tempoh ‘iddahnya yang dikira mengikut Hukum Syarak; dan

(b) dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah
mengemukakan surat perakuan kematian suaminya atau
dengan cara lain membuktikan kematian suaminya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.