Enakmen Bekalan Air (Syarikat Pengganti) 2001

Bahagian

1 (Permulaan)

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnyamenghendaki makna yang lain—

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama sebenar, kontingen atau prospektif;

“harta” termasuklah segala harta sama ada alih atau tak alih, dan segala estet, kepentingan, isemen dan hak, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang dalam, pada atau daripada harta, segala kontrak, hak dalam tindakan, wang dan nama baik; dan “terletakhak”, berhubungan dengan harta, termasuklah hak pada harta pada masa hadapan atau kontingen dan hak perkembalian dan penerimaan baki;

“Kerajaan Negeri” ertinya Kerajaan Negeri Selangor;

“liabiliti” ertinya liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi daripada tiap-tiap perihalan (sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, sebenar atau kontingen, dan sama ada dibayar atau hendak dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain);

“Menteri Besar” ertinya Menteri Besar yang dilantik pada masa itu dalam Negeri Selangor dan termasuk pemangku Menteri Besar;

“Pegawai Kewangan Negeri” ertinya pegawai utama yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal kewangan Kerajaan Negeri Selangor;

“Perbadanan Setiausaha Kerajaan” ertinya Setiausaha Kerajaan, Selangor diperbadankan di bawah Enakmen Setiausaha Kerajaan, Selangor (Pemerbadanan) 1955;

“Setiausaha Kerajaan” ertinya Setiausaha Kerajaan yang
dilantik pada masa itu dalam Negeri Selangor;

“syarikat pengganti” ertinya syarikat yang kepadanya harta, hak dan liabiliti berkenaan dengan perkhidmatan bekalan air yang kepadanya Kerajaan Negeri berhak atau tertakluk, adalah dari semasa ke semasa dipindahkan dan diletakhakkan melalui perintah yang dibuat oleh Menteri Besar di bawah seksyen 3;

“tarikh perletakhakan” ertinya tarikh harta, hak dan liabiliti berkenaan dengan perkhidmatan bekalan air, yang kepadanya Kerajaan Negeri berhak atau tertakluk, berpindah kepada dan terletakhak pada syarikat pengganti sebagaimana ditetapkan oleh Menteri Besar dalam perintah di bawah subseksyen 3(1).

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.