Enakmen Jenayah Syariah 1995

Bahagian

1

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2 [1]

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

“baligh” ertinya sudah cukup umur mrngikut Hukum Syara’;

“Enakmen 1952” ertinya Enakmen Pentadbiran Hukum Syara’ 1952;

“Enakmen Pentadbiran” ertinya Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1952;

“fatwa” ertinya mana-mana fatwa yang dibuat di bawah dan mengikut seksyen 31 Enakmen Pentadbiran;

“Hakim” ertinya Hakim yang dilantik di bawah seksyen 38 atau seksyen 40 Enakmen Penadbiran;

“Hukum Syara’ ” ertinya Hukum Syara’ mengikut mana-mana mazhab yang diiktiraf;

“li’an” ertinya sesuatu pengataan yang dibuat oleh seseorang lelaki dengan bersumpah mengikut Hukum Syara’ bahawa isterinya telah melakukan zina;

“Makhamah” ertinya mana-mana Makhamah yang ditubuhkan di bawah seksyen 37 Enakmen Pentadbiran;

“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam Selangor yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran;

“Mufti” ertinya orang yang dilantik di bawah subseksyen 29(1) Enakmen Pentadbiran, dan termasuklah Timbalannya;

“muncikari” ertinya seseorang yang bertindak sebagai orang tengah antara seorang perempuan dengan seorang lelaki bagi apa-apa tujuan yang menyalahi Hukum Syara’;

“perbuatan sumbang mahram” ertinya persetubuhan antara lelaki dengan perempuan  yang, mengikut Hukum Syara’ , dilarang mengahwini satu sama lain;

“qazaf” ertinya membuat pengataan palsu terhadap mana-mana orang;

“takfir” ertinya menganggap sesorang orang Islam sebagai orang bukan Islam;

“zina” ertinya persetubuhan antara lelaki dengan perempuan tanpa nikah.

2 [2]

Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967 hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing dalam Akta-Akta itu setakat yang erti sedemikian tidak tercanggah dengan Hukum Syara’.

2 [3]

Bagi mengelakkan keraguan tentang sifat atau tafsiran perkataan atau ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.

2 [4]

Jika timbul sebarang keraguan atau kesulitan dalam pentafsiran apa-apa perkataan atau ungkapan yang berkaitan dengan Hukum Syara’, Makhamah hendaklah mempunyai budi bicara untuk menentukan erti perkataan atau ungkapan itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.